Bawa Diri, Iqbal Tinggalkan Malaysia

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan kontroversi, Iqbal Zulkefli memaklumkan dirinya meninggalkan tanah air untuk menetap di Indonesia, mulai hari ini.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Hujan itu memuat naik satu video yang memaparkan dia sudah bersedia berangkat ke negara berkenaan, ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Iqbal, dia pergi membawa diri ke negara seberang itu atas urusan kerja.

“Selamat tinggal Malaysia. Bermula hari ini, saya akan tinggal di Indonesia.

“Memang atas urusan kerja, namun saya harus membawa diri. Saya pamit,” katanya.

Justeru, usahawan tersebut menitipkan harapan agar di tempat baharu itu dapat menyembuhkan lukanya.

Selain itu, dia turut ‘berterima kasih’ buat semua yang menyakitinya selain mengucapkan penghargaan kepada yang masih sudi mendoakan dirinya.


“Terima kasih kepada semua yang menyakiti saya. Terima kasih yang masih sudi mendoakan.

“Berharap di Indonesia saya akan dapat bahagia dan bertemu dengan orang yang menyembuhkan luka. Salam hormat untuk rumah baruku, Indonesia.

“Jika ada sesuatu doa, pesanan atau apa sahaja, sila tinggalkan di sini. Saya akan baca dengan sepenuh hati,” coretnya panjang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar urusannya dipermudah di sana.

Terdahulu, Iqbal pernah memaklumkan tidak menolak akan untuk menetap di luar negara kerana tidak tahan lagi tohmahan yang menimpanya.m

UtusanOnline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...