Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Syabas Pastikan Bekalan Air...

KUALA LUMPUR - Bekalan air di kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan bermula Isnin...

Azmin Ali Tidak Berniat...

Berita baik untuk rakyat Lembah Klang, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari...

Shima Buka Warung Teringin

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang popular dengan lagu Teringin, Shima mula berniaga nasi...

Tiada Terkecuali Daripada Disiasat...

BANTING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan tiada siapa pun akan terkecuali...

Beberapa Kawasan Di Ibu Negara Terjejas Banjir Kilat

KUALA LUMPUR – Hujan lebat lebih dua jam yang melanda ibu negara hari ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan terjejas akibat banjir kilat.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Azman Mahmood berkata hujan lebat bermula kira-kira 4 petang itu mengakibatkan air bertakung di terowong di Jalan Tun Razak menghala ke KLCC dan Jalan Loke Yew.

Katanya Jalan Wirawati, Jalan Pudu Ulu, Jalan Pudu Perdana, Jalan Cheras dan Jalan Kepong turut terjejas akibat banjir kilat.

Beliau berkata anggota DBKL berada di lokasi kejadian untuk melancarkan aliran trafik dan melencongkan kenderaan daripada menggunakan laluan berkenaan.

“Kami turut menerima laporan air bertakung dalam surau Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang selain pokok tumbang di Jalan Ampang, dan kerja-kerja pemotongan sedang dilakukan Skuad Penyelamat DBKL dan bomba,” katanya ketika dihubungi Bernama. – BERNAMA

Kategori