Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru...

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik oleh Republik Rakyat Demokratik Koreta...

Cubaan Seludup Dadah Dalam...

SEPANG - Cubaan seorang lelaki warganegara India menyeludup 5.9 kilogram dadah bernilai RM260,000...

Kegiatan Edar Dadah Tumpas,...

IPOH - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah Kerian...

7 Rumah Setinggan Musnah...

KOTA KINABALU - Tujuh rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Ketiau, Putatan...

Bekalan Vaksin Cukup Bagi Program Dos Ketiga, PICK Remaja

PUTRAJAYA – Bekalan vaksin Covid-19 bagi program pemberian dos ketiga (dos penggalak) dan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) adalah mencukupi, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Dari segi bekalan insya-ALLAH cukup,” katanya dalam sidang akhbar sempena pelancaran PICK Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 di sini pada Isnin.

Mynewshub

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19, selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

Suntikan ketiga itu memberi keutamaan kepada kumpulan berisiko tinggi meliputi anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dengan komorbiditi, serta individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.

Khairy berkata, perincian mengenai program dos ketiga akan diumumkan dalam tempoh ‘seminggu dua lagi’.

Ditanya keperluan pemberian dos penggalak bagi vaksin dos tunggal jenis CanSino, Khairy berkata, CanSino telah mengemukakan permohonan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), dengan menyatakan kemungkinan keperluan untuk dos kedua selepas enam bulan individu menerima suntikan.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau data dari negara lain yang menggunakan vaksin CanSino untuk mendapatkan maklumat lanjutan, sama ada dos penggalak diperlukan selepas enam bulan.


Beliau juga berkata, tiada masalah dari segi perolehan vaksin jenis CanSino dan Sinovac untuk dos penggalak, kerana kilang pembotolan berpangkalan di Malaysia.

Mengenai perancangan pemberian suntikan vaksin kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, Khairy berkata, beberapa syarikat telah menghantar maklumat ujian klinikal bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun, namun belum ada vaksin yang diluluskan NPRA untuk mereka di bawah 12 tahun.

Beliau berkata, KKM telah berbincang dengan Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Mohd Radzi Md Jidin mengenai cara-cara pembukaan tadika dan sekolah rendah, dengan memastikan persekitaran yang selamat.

“Strateginya adalah memastikan semua petugas di tadika dan sekolah rendah termasuk guru, pengendali dan pekerja, lengkap vaksinasi.

“Itu cara terbaik yang boleh kita lakukan sekarang dengan prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikuatkuasakan Kementerian Pendidikan, sehingga mendapat kelulusan penggunaan vaksin untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun,” katanya.

Turut hadir pada pelancaran PICK Remaja itu ialah Radzi dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang juga penyelaras PICK Remaja. – BERNAMA

Kategori