Bekas Jurutera JKR Kulaijaya Lepas, Bebas Tuduhan Rasuah

PUTRAJAYA: Bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kulaijaya menangis teresak-esak selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini, melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan suapan pada 2015.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said, sebulat suara mendapati, rayuan Azizan Mohamed Yasin, 40, mempunyai merit dan sabitan terhadap perayu tidak munasabah.

“Kami berpuas hati terdapat merit dalam rayuan perayu (Azizan) berkenaan anggapan di bawah Seksyen 23(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Oleh itu, mahkamah mendapati sabitan terhadap perayu tidak munasabah dan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dan Hakim Mahkamah Tinggi perlu diketepikan,” kata Hakim Kamaludin yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah.

Sejurus mendengar keputusan itu dibacakan oleh panel hakim, isteri Azizan yang berada di di galeri awam, dilihat membuat sujud syukur.

Pada 27 November 2019, Azizan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan didenda RM100,000 atau dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, selepas didapati bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa dan hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 28 Januari 2020.

Lelaki itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan apabila melantik syarikat G Two Amiruddin Trading, bagi melaksanakan kerja memotong rumput dan pembersihan.


Azizan didakwa melantik syarikat itu bagi melakukan kerja memotong rumput dan pembersihan di beberapa jalan sekitar Kulaijaya dengan harga kerja berjumlah RM19,750 yang mempunyai hubungan dengan abangnya, Azizi Mohamed Yassin, yang mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kulaijaya pada Ogos 2015.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Pada prosiding itu, Azizan diwakili peguam bela, Asmadi Hussin, manakala Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal @ Zainol hadir bagi pihak pendakwaan.

Bernama-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...