Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Tandas Awam Terbuka Untuk...

BEIJING - Apakah anda akan berani menggunakan tandas seperti ini, yang merupakan tandas...

Kambing Macam Manusia Gemparkan...

BERITA kelahiran seekor anak kambing yang kelihatan seperti separuh binatang dan separuh manusia...

Lelaki Uganda Miliki Dadah...

PETALING JAYA — Seorang lelaki warganegara Uganda dipenjara lapan tahun dan 10 sebatan...

China Perkenal Kereta Kebal...

SETIAP negara pastinya mempunyai angkatan tentera dengan kekuatan tersendiri, khusus untuk mempertahankan kedaulatan...

Bekas Model Bogel Sertai Tentera Britain

LONDON – Seorang anggota tentera Britain, Prebet Briony Murray, 26, telah disiasat oleh pegawai atasannya baru-baru ini kerana disyaki menjadi model bogel untuk laman-laman web lucah sebelum menyertai perkhidmatan ketenteraan.

Kebanyakan daripada ratusan gambar dan videonya masih dipaparkan di laman web tersebut. Maklumat peribadi yang menyatakan dia memulakan kerjaya sebagai model bogel pada tahun 2013 turut dipaparkan di laman web tersebut.

Sebahagian gambar tersebut menunjukkan dia memakai stoking, seluar dalam, coli, pakaian dalam dan mendedahkan payudara serta tubuhnya.

Gambar-gambar itu juga mengejutkan rakan-rakan sekerjanya dengan salah seorang daripada mereka menyatakan pihak tentera mengambil berbagai-bagai jenis kelakuan manusia dan untuk menjadi askar.

Bagaimanapun, Murray yang berkhidmat di Jabatan Kewangan dan Akaun Tentera Britain tidak dikenakan sebarang tindakan selepas menjalani proses siasatan oleh pegawai-pegawai tinggi ketenteraan.


Seorang sumber tentera jabatan itu berkata: “Setiap orang datang dengan latar belakang sejarah mereka. Dia (Murray) merupakan seorang askar yang bagus dan itu (gambar-gambar bogelnya) telah dijadikan sebagai isu (untuk mencalarkan imejnya).” – Agensi

Kategori