Bekas Penjaga Gol Negara Era 70-an Meninggal Dunia

KOTA BHARU – Bekas penjaga gawang negara era 70 dan 80-an, Abdul Hamid Ramli meninggal dunia di kediamannya di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian di sini pagi tadi.

Allahyarham yang juga bekas pemain Kelantan menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 69 tahun pada pukul 3.24 pagi.

Anaknya, Mohd. Zaki, 38, ketika dihubungi Kosmo! berkata, arwah ayahnya meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas akibat serangan jantung.

“Ayah tidak menunjukkan sebarang kelaluan pelik, namun sebelum menghembuskan nafas terakhir dia sempat mewakafkan beberapa naskah al-Quran atas nama kami adik beradiknya,” katanya.

Mohd. Zaki memberitahu, jenazah ayahnya akan disemadikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Chat, Kota Bharu.

Pencapaian terbaik yang pernah dikecapi oleh Abdul Hamid sepanjang bergelar pemain ialah membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka pada tahun 1976 dan 1979.

Selain bergelar pemain bola sepak, Abdul Hamid pernah menggalas tanggungjawab sebagai pernah jurulatih penjaga gol kepada beberapa pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...