Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

64 Rumah, Inap Desa...

MARAN – Hujan lebat tanpa henti selama dua jam sejak petang semalam di...

JPJ Terengganu Keluar 573...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 573 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kepada...

SOSMA Tak Perlu Mansuh,...

KUALA LUMPUR - Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak perlu dimansuhkan,...

Afdlin Shauki Turun Padang...

SELAIN daripada penyanyi No. 1 Malaysia, Siti Nurhaliza yang telah berbesar hati turun...

Bekas Pensyarah UTHM Wakaf 707 Buku Ilmiah

BATU PAHAT – Sebanyak 707 buah buku bernilai RM42,000 diwakafkan oleh Felo Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Madya Dr. Syed Dawilah Al Edrus kepada Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM baru-baru ini.

Bahagian Komunikasi Korporat Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM dalam satu kenyataan media berkata, buku terbabit merupakan koleksi intelek peribadi Syed Dawilah yang merupakan bekas pensyarah selama 42 tahun yang dikumpulkan sejak dari tahun 1970.

“Buku itu bermula beliau belajar di Maahad Muar diikuti Universiti Malaya (1974 – 1978), Universiti Birmingham England (1983) dan Universiti Scotland (1990) juga semasa perkhidmatan beliau sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (1983-2007), Universiti Brunei Darussalam (2007) dan terakhir di UTHM 2007-2017.

“Beliau telah menamatkan perkhidmatannya sebagai pensyarah di universiti ini pada 9 Disember 2017,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut UTHM, antara buku istimewa yang diwakafkan berjudul ‘Kitab al-Ma’al-waraqi wal-ard al-najmiya’ (The Book of Silvery Water and Starry Earth) berasal dari manuskrip berusia 677 tahun iaitu karya Ibn Umayl Abdullah Muhammad (300H/912 M) atau dikenali dengan nama Ibn Umail al-Tamimi.

Jelas UTHM, pengarang buku itu merupakan seorang pakar sains kimia Mesir dan hanya selepas 428 tahun (pada 1340 M) baru manuskrip itu disusun lengkap.

Tambah UTHM, karya berkenaan menjadi rujukan utama dalam sains kimia di Barat pada zaman mediaval Eropah (Abad 5 – 15 M) dan diterjemahkan ke dalam banyak bahasa termasuk Greek, Sepanyol, Itali, German, Perancis dan Rusia.

Ibn Umayl al-Tamimi dan karya itu sezaman al-Khawarizmi (780-850 M) yang juga merupakan pakar matematik dan pengasas ilmu al-gebra.


Kata UTHM, lain-lain karya termasuk buku terbitan tahun 1894 berjudul ‘Descriptive Dictionary of British Malaya’ dan disusun semula oleh Frank Swettenham pada 1906 yang merupakan Gabenor Koloni Inggeris terakhir dan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.

“Buku ini merupakan kompilasi diskriptif rekod peranan dan pengaruh penjajah Inggeris terhadap politik sosial dan ekonomi peribumi Melayu di tanah air mereka.

“Buku terbitan tahun 1912 ditulis oleh Clair Tisdall di India berjudul ‘ A Word to the Wise Being A Brief Defence of the Sources of Islam’.

“Buku ini ditulis sebagai komentar jawapan kepada karya Imam Fakhrul Islam berjudul ‘Bayan al-Haqq wal Sidqq al-Mutlaq’ dan karya Maulana Muhammad Ali berjudul ‘ The Divine Origin of Holy Quran’.

“Era buku ini ditulis semasa wacana dan perdebatan paradigma ilmu Islam dan Barat di India berlaku dengan hebatnya,” jelas UTHM. – MYNEWSHUB.CC

Kategori