Thursday, June 27, 2024

Creating liberating content

Waspada Ketika Melayari Laman...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan pengguna Internet supaya...

APMM Tahan 20 Nelayan...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan 20 awak-awak dipercayai...

Gagal Dapat Pogba, Barcelona...

BARCELONA merancang untuk menyaksikan bintang Manchester United, Paul Pogba dalam setiap permainan musim...

Singapura Haramkan Lagu Jolin...

Singapura - Kerajaan Singapura telah mengharamkan muzik video penyanyi pop Taiwan, Jolin Tsai...

Bekas Penyampai Berita RTM Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bekas penyampai berita RTM Datin Salasiah Zakaria meninggal dunia akibat kanser hari ini.

Allahyarham yang berusia 68 tahun meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira 11 pagi tadi selepas mengadu sesak nafas semalam, menurut anak sulungnya, Khasnooriman Khamis, 38.

Beliau berkata arwah menghidap kanser di kepala sejak tiga tahun lepas, namun selepas menjalani kemoterapi, kansernya sudah tiada.

“Bagaimanapun pagi tadi kami dimaklumkan doktor sel kanser baharu menyerang bahagian hidung menyebabkan ibu sukar bernafas,” katanya kepada pemberita di sini.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas pada 6.10 petang tadi.

Selain Khasnooriman, Salasiah yang berkhidmat di RTM selama lebih 33 tahun meninggalkan suami, Datuk Khamis Idris, 69, dan seorang lagi anak, Ahmad Mohar, 35.


Sementara itu rakan Allahyarham, Farid Ismeth Emir, yang juga pembaca berita RTM berkata Allahyarham banyak membantunya dalam dunia penyiaran khususnya dalam aspek pemberitaan.

“Saya ini anak murid beliau (pelapis). Banyak pesanan asas penyampaian berita dikongsinya seperti jangan gementar apabila di depan kamera walaupun jutaan orang sedang menontonnya.

“Allahyarham juga sempat mengingatkan saya supaya jangan riak (sombong) apabila sudah dikenali ramai,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Kategori