Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahu Lahirkan Lebih Banyak...

RAUB - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhasrat untuk melahirkan lebih banyak...

KPDNKK Rampas 40 Tan...

PUTRAJAYA - Kira-kira 40 tan minyak masak dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi...

Bakti Beri Sumbangan Kepada...

TUMPAT - Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti)...

Guan Eng Luah Empati...

GEORGE TOWN - Lim Guan Eng meluahkan empati terhadap Mohamad Sabu selepas anak...

Bekas Simpan Lipstik Berharga Hampir RM5,000

SANGGUPKAH anda membelanjakan ribuan ringgit demi satu aksesori fesyen sebesar ibu jari tangan sahaja?

Mungkin tidak masuk akal buat sesetengah individu, namun bagi yang kaya dan meminati fesyen, ia tidak menjadi masalah buat mereka.

Terbaharu, jenama fesyen popular, Louis Vuitton (LV) mengeluarkan bekas penyimpan lipstik yang berharga £960 (RM4,397).

Ia sudah dijual di Australia dan bakal menjengah ke pasaran United Kingdom, lewat bulan ini.

Majalah fesyen terkemuka, Vogue turut memuji keluaran terbaharu itu dan menyifatkan ia sebagai satu aksesori yang wajib dimiliki penggemar fesyen.

Kotak kulit itu hadir dengan dua warna iaitu coklat dan light tan.


Selain cermin mini di dalamnya, ia juga mampu memuatkan dua lisptik.

Ia dilengkapkan dengan rantai, membolehkan anda menggantungnya di leher seperti beg biasa.

Pengenalan aksesori itu turut menjadi perbualan hangat di laman Twitter. – Daily Mail

Kategori