Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Anak Perempuan Bruce Willis...

Ternyata anak kepada pelakon Bruce Willis dan Demi Moore, Scout Willis, 23, tidak...

Nasib Malang Miss Venezuela,...

Venezuela – Meskipun bergelar Ratu Cantik dan mempunyai ijazah dalam bidang undang-undang, namun...

Fasiliti SUKMA 2020 Siap...

ISKANDAR PUTERI - Kesemua fasiliti Sukan Malaysia (SUKMA 2020) yang berada dalam fasa...

Sabah Isytihar Tarikh PRU...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah hari ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan...

Bella Dedahkan Kecurangan Aliff Dengan Afifah

ISU kecurangan pelakon dan penyanyi dari negara seberang ini masih belum tamat lagi. Kalau semalam kami hanya cerita tentang pergaduhan pasangan suami isteri ini, hari ini lain pula kisahnya.

Baca: Aliff Kantoi Curang? Belasah Isteri Dan Ditahan Polis

Bella Astillah telah mendedahkan kisah kecurangan suami kesayangannya dengan aktres jelita, Afifah Nasir. Menurut Bella, ini bukan merupakan kali pertama Aliff kantoi curang.

“Hati wanita mana yang tidak tercalar apabila suami sanggup mempertahankan wanita lain berbanding isterinya sendiri?”

Aliff dikatakan telah mengasari Bella dengan menolak dan mencampakkan telefon bimbit ke wajah isterinya yang masih lagi dalam pantang itu. Akibatnya, Bella telah mengalami kecederaan di muka dan lututnya.

Kata Bella lagi, ini merupakan kali  pertama dia dikasari oleh suaminya hanya kerana ingin mempertahankan wanita lain yang tiada kena mengena dengan hidupnya.

“Bayangkan, saya ditinggalkan begitu saja. Dia dan pelakon wanita terbabit berlalu pergi meninggalkan premis karaoke itu. Mujur kakitangan di situ membantu saya.

“Kalau ditanya soal hati, memang saya begitu terluka. Namun saya melahirkan zuriatnya. Saya enggan terlalu dibuai emosi kerana tidak mahu anak ini hidup tanpa bapanya jika terlalu menurutkan rasa amarah,” ulas Bella lagi.

Isteri mana yang tak makan hati kalau suaminya curang di saat mereka baru sahaja menimang cahaya mata? Nak lagi usia perkahwinan mereka itu masih lagi baru.

Kalau ada yang perasan, banyak kapsyen Bella di akaun Instagramnya yang seperti patah hati… Mungkin dia memang dah tahu perangai suaminya ini, tapi cuma diam diri sebab mahu selesaikan dengan cara baik. Siapa sangka semua ni akan berlaku kan?

Kata Bella lagi, krew produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu sendiri tahu macam mana cara layanan yang diberikan oleh Aliff kepada isterinya itu.

Ramai yang tahu Aliff ni romantik orangnya dan sangat sayangkan keluarganya. Banyak perubahan yang berlaku dalam diri Aliff selepas dia menjalankan pengambaraan dengan aktres itu.

“Selama ini orang produksi sendiri tahu bagaimana dia melayan saya. Dia memang suami yang mengambil berat dan sayangkan saya.

“Bagaimanapun, lain jadinya selepas dia dan pelakon itu berlakon bersama dalam drama ‘Izinkan Aku Mencintaimu’.

“Selama suami bergandingan dengan beberapa pelakon lain, insiden seumpama ini tidak pernah berlaku. Saya hanya berada di lokasi penggambaran pada hari pertama dan kedua. Hari seterusnya, dia sendiri cakap saya tidak perlu menemankannya di lokasi.”


Jadi sebabkan tiada rasa syak wasangka dengan suami, Bella pun turutkan saja permintaan suaminya itu. Tapi lain pula yang jadi sekarang ni.

“Saya dapat tahu Aliff ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu.

“Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang.

“Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati Aliff lagi tetapi dia tidak peduli. Malah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Aliff yang mencarinya.

“Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp,” katanya.

Ada juga krew produksi yang tahu tentang hubungan mereka berdua di set. Tapi mungkin kerana rasa tak sampai hati, mereka diamkan saja supaya perkara tak melarat. Bella juga menambah yang dia mula tahu perbuatan curang suaminya itu satu persatu.

“Kru produksi drama ini pun tak sampai hati hendak membiarkan hati saya terluka dan kasihankan saya yang berbadan dua. Satu persatu saya mula mendapat tahu kisah mengenai pelakon itu yang cuba menggoda suami saya.

“Saya ada bukti paparan skrin perbualan, gambar dia memeluk suami saya dan juga video CCTV mereka berpegangan tangan mesra di premis karaoke itu. Jangan cuba nak menafikan kebenaran yang sudah terserlah.”

Dalam video tersebut juga kelihatan seperti Aliff dan Afifah sedang berpegangan tangan di dalam pusat karoke dekat Taman Shamelin Cheras.

Lagi satu video tu pun kita boleh dengar amukan Bella bertanyakan kepada Aliff apa yang dia lakukan di tempat itu bersama dengan Afifah Nasir.

Tapi apa pun, sangat ditekankan supaya netizen yang lain jangan nak menyibuk buat spekulasi joyah kalian semua tu. Jangan memandai-mandai macam awak tahu cerita sebenar.

Kalau tak ada benda baik untuk awak cakap, baik diam sahaja okay. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori