Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

Harith Iskander Wakil Malaysia...

PELAWAK dan pengacara, Harith Iskander bakal berentap dengan 89 calon lain dari seluruh...

Tiada Elemen Pengganas Dalam...

JAKARTA ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Para pegawai penyiasat Indonesia semalam memberitahu bahawa mereka tidak menemui bukti...

Neelofa Dikompaun RM20,000, Suami...

KUALA LUMPUR - Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya,...

Polis Wanita Cantik Buat...

KEJELITAANĀ seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) wanita ini membuatkan netizen terutamanya lelaki rela...

Bendera Malaysia Bintang 5, Ini Sudah Melampau!

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) MABA memohon maaf di atas kesilapan bendera Malaysia dengan bintang pecah lima yang dipaparkan menerusi klip video semasa perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.

Klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang pecah lima bersama logo Westport itu ditayangkan semasa nyanyian lagu Negaraku.

Video tersebut tular melalui media sosial.

MABA berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya disebabkan silapan tersebut.

ā€œTolong maafkan kami, kerana kami sentiasa berusaha untuk membangun dan mengembangkan sukan bola keranjang di Malaysia,ā€ kata MABA.

Ada beberapa netizen yang menyertai majlis perasmian kejohanan itu terkejut dengan penampilan pelik bendera Malaysia dengan bintang pecah lima.

Mereka menyifatkan, bintang pecah lima yang tertera pada bendera itu seperti bendera komunis.

Sedangkan, Jalur Gemilang sepatutnya mempunyai bintang pecah 14 yang menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO, Mohd Fariz Abdul Hadi berkata, zaman Pakatan Harapan ini banyak benda pelik berlaku.


Tetapi kejadian bintang pecah lima pada bendera Malaysia ini sudah melampau.

ā€œBagaimana penganjur boleh terlepas pandang bendera Malaysia yang mana bintangnya hanya mempunyai lima penjuru.

ā€œPenganjur ini bukan warga negara ke?

ā€œApa maksudnya? Adakah ada sebab-sebab tertentu yang disengajakan. Moga pihak berwajib mengambil tindakan segera,ā€ katanya.

Sementara itu, Westports Holdings Berhad (Westport) sedang menunggu penjelasan daripada Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dan kontraktor yang terlibat berhubung paparan klip video bendera Malaysia dengan bintang pecah lima.

Pengarah Urusan Westport, Datuk Ruben Gnanalingam berkata, syarikat itu menyedari mengenai kesilapan tersebut.

Westport adalah antara penaja rasmi Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 yang berlangsung dari 25 November hingga 1 Disember ini. – MalaysiaGazette

Kategori