Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Peminat Cabar Drama Tentera...

PENGARAH dan penerbit Jinggo berasa tercabar apabila drama yang sedang dalam penggambaran berjudul...

V Shem-Wee Kiong Raih...

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan rentak...

Waris Pakcik Ni Tampil...

"AYAH ada di hospital, tolonglah tengok-tengokkan ayah kamu, sementara ayah hidup lagi, kalau...

Analisis Awal Keputusan PRN...

Setelah melalui tempoh kempen selama 12 hari, akhirnya PRN Melaka melabuh tirai malam...

Bermadu? Gambar Adik Beradik Disangka Poligami!

KELAKAR!  Hasrat seorang gadis berkongsi foto kegembiraan beraya bersama adik beradik menjadi bualan netizen apabila gambar tersebut disalah erti dan disangka dia bermadu.

Sudah menjadi lumrah seseorang berkongsi gamba kegembiraan ketika hari perayaan. Begitu jugalah yang dilakukan oleh seorang gadis dikenali sebagai “Fatihah Faizur” yang memuat naik foto bersama adik beradik di laman instagramnya (IG).

Foto tersebut menjadi bualan para nitezen kerana foto bersama adik beradiknya telah disalah sangka sebagai anaknya dan apa yang lagi melucukan ramai menyangka dia bermadu! Iyalah adik beradik kecil-kecil lagi, nampak seperti potret sebuah keluar bahagia.

Berikut adalah gambar yang dimaksudkan dan feedback gadis tersebut di laman Twitternya.

Gambar yang mendapat lebih daripada 24,000 retweet tersebut rupanya adalah gambar adik-adiknya hasil perkahwinan kedua bapanya. Berikut adalah gambar lengkap keluarga tersebut.

Anak hasil perkahwinan pertama bapanya.


Anak hasil perkahwinan kedua bapanya.

Siapa sangka, hanya kerana gambar adik yang kecil dan jauh gap umur di antara abang dan kakak, mereka dianggap sebagai anak. Memang kelakar dan terhiburlah pagi kami dengan cerita viral ni! – MYNEWSHUB.CC

Kategori