Sunday, December 1, 2024

Creating liberating content

PM Guna #TsunamiPHitnah Tempelak...

BIDAS... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak pembangkang yang...

LHDNM Dan Kemanusiaan

Seperti kita ketahui LHDNM merupakan penyumbang "full time" kepada Program Bakul Makanan bagi membantu golongan yang terjejas akibat pandemik.Beberapa hari lalu LHDNM menyumbang 1,000 lagi bakul makanan di Sepang, Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Serahan bakul makanan tersebut disempurnakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah.Bersama Ustaz Hazman Che Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS.

Berhentilah Buat Preskripsi Salah...

PERKHIDMATAN Awam adalah antara yang UMNO dan kita semua perjuangkan sejak sebelum merdeka....

Pelaburan Dari Jepun Bukti...

PELABUHAN KLANG -Kerancakan kemasukan pelaburan dari Jepun membuktikan ekonomi Malaysia masih kukuh dan diyakini sebagai destinasi pilihan pelaburan jangka panjang walaupun iklim kewangan dunia dilihat tidak menentu.Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan...

Berusia 3,000 Tahun Fosil Kuda Ditemui Masih Baik

BERMULA tahun 2011, para arkeologi dan pengkaji sejarah telah melakukan kerja-kerja cari gali terhadap makam di dalam piramid yang berada sepanjang Sungai Nil.

Mereka menganggap akan menemui banyak mayat manusia pada zaman Mesir Purba bagi membongkar sejarah kehidupan zaman awal itu.

Ternyata apa yang disangkakan lebih daripada itu, apabila fosil kuda masih dalam keadaan baik ditemui baru-baru ini di Tombos, Sudan yang dianggarkan berusia 3,000 tahun.

Lapor portal online Live Science, fosil kuda yang ditanam sedalam 1.5 meter dalam sebuah makam yang ditemui masih mempunyai bulu kaki walaupun tubuhnya sudah menjadi rangka.

Profesor Antropologi Universiti Purdue, Michele Buzon berkata, fosil tersebut dipercayai telah ditanam oleh masyarakat Mesir yang sengaja dikebumikan atas jasa haiwan itu yang telah berkhidmat kepada manusia.

Haiwan itu ditugaskan untuk menarik kereta di zaman lalu apabila mereka menjumpai satu kepingan besi terawal  yang digunakan di Afrika telah ditanam bersama kuda tersebut.

“Berdasarkan kedudukan fosil itu ditemui, kuda ini memang sengaja dikebumikan untuk ‘berehat’ selepas selesai menjalankan tugasnya,” ujar Michele Buzon.


Melalui ujian radiokarbon yang dilakukan, kuda itu disahkan ditanam sejak tahun 949 Sebelum Masihi.

Mengikut sejarah, Tombos merupakan kawasan yang didiami oleh masyarakat Nubia semasa zaman pemerintahan Mesir Purba dan telah menerima budaya tamadun itu dalam kehidupan harian mereka.

Terdahulu, ahli arkeologi menemui sebuah kompleks kubur dengan kapel dan piramid di atas tanah serta tanda yang membawa kepada beberapa ruang bawah tanah.

Hasilnya, mereka telah menemui empat bilik pengebumian mengandungi sebanyak 200 mayat manusia yang dikebumikan bersama tembikar, peralatan dan barang hiasan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori