Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bina Rumah Hargai Pelakon...

SABAK BERNAM - Bagi mengenang dan menghargai bakat pelakon Melayu klasik Allahyarham Nordin...

APEC Disaran Beri Lebih...

KUALA LUMPUR - Negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu memberi lebih...

Muhyiddin Subahat Konspirasi Jatuhkan...

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman berkata adanya...

Elaun Bulanan SL1M Naik...

SERDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan elaun...

BN Menang Besar Bukti Tun M Makin Ditolak Rakyat

BAGI petugas media prokerajaan yang membuat liputan Pilihan Raya Kecil (PRK) sama ada di Kuala Kangsar, Perak atau Sungai Besar, Selangor, mungkin inilah pesta demokrasi paling penuh debaran dan menakutkan.

Minggu pertama kempen PRK yang tenang dan secara kebetulan bermula pada awal Ramadan tiba-tiba bertukar menjadi haru-biru hanya kerana kemunculan dramatik negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara mengejut.

Sebelum kedatangan beliau, ramai penganalisis politik tanah air waima cakap-cakap politik kedai kopi tempatan meramalkan Barisan Nasional (BN) sebenarnya sudah pun menang, cuma hendak tahu berapakah undi majoritinya.

Bacaan jangkaan ketika itu amat memihak selesa kepada calon BN masing-masing Datin Mastura Mohd. Yazid di Kuala Kangsar dan Budiman Mohd. Zohdi di Sungai Besar sekali gus tiada masalah menumbangkan lawan mereka.

Malangnya ibarat sangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, kehadiran Mahathir tanpa diduga selepas dipalit kontroversi 300,000 borang Deklarasi Rakyat anjurannya didapati palsu, menukar suasana kempen!

Bukan sehari malah dua hari beliau menghabiskan masa di kedua-dua tempat dan paling mendebarkan kemunculan kali kedua Mahathir dibuat betul-betul dua hari sebelum hari pengundian yang dianggap tempoh amat kritikal.

Di Kuala Kangsar, kempen kali kedua Mahathir diadakan di Pekan Manong yang majoritinya penduduk Melayu dan disusuli pula Pekan Jerlun yang majoritinya kaum Cina. Mujur jumlah kehadiran pada Khamis tidak begitu ramai.

Namun ia tetap membimbangkan BN berbanding sambutan untuk kemunculan kali pertama pada Ahad sebelumnya di Taman Suria yang majoriti hadirinnya kaum Cina dan Taman Chandan Putri pula majoritinya kaum Melayu.

Mendengar ceramah Mahathir, sesiapa yang tidak tahu apa-apa mengenai politik tentu akan membuat andaian ‘Habislah BN kali ini!’ selain kesimpulan bahawa Malaysia akan jatuh ke tangan pakatan pembangkang selepas ini.

Baca: Parlimen Kuala Kangsar, Sungai Besar Kekal Milik BN

tun m1

Ironi, bagi sesiapa yang sudah biasa lali dengan program ceramah pembangkang, sambutan ceramah Mahathir sebenarnya menyerupai suasana ceramah DAP ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak pada Mei lalu.

Jalan raya sesak waima penceramah hebat ‘berapi’ tetapi hasilnya DAP kalah di lima kerusi dipegangnya selama ini menyebabkan parti itu hanya menang tujuh kerusi sahaja, sesuatu yang langsung tidak dijangka mereka sendiri.


Senario kemeriahan ceramah pembangkang ketika PRN di Bumi Kenyalang malah menyerupai sambutan ceramah anjuran pembangkang semasa Pilihan Raya Umum (PRU) di Singapura pada 2015. Hasilnya semua orang pun tahu!

Malangnya, politik ceramah bukan tanda aras terbaik untuk menilai sambutan pengundi dan perkara ini tidak diberi perhatian oleh pembangkang khasnya PAN yang berceramah macam esok hari BN akan tumbang ditolak rakyat.

Jika kekalahan besar dialami pembangkang dalam dua PRK serentak ini boleh dijadikan kajian, sesungguhnya Mahathir terlupa rakyat Malaysia tidak lupa ‘jasa’ beliau selama 22 tahun memerintah negara secara kuku besi.

Pembangkang langsung tiada saluran bersuara pada zaman beliau dan mereka bukanlah bodoh sebagaimana puisi terkenal Mahathir iaitu Melayu Mudah Lupa yang jahil tidak ingat bagaimana negara dikawal ala rejim diktator.

Hakikatnya BN tanpa Mahathir boleh menang besar di Kuala Kangsar dengan majoriti 6,969 undi berbanding 1,082 ketika PRU 2013 dan di Sungai Besar pula, BN meraih majoriti 9,191 undi berbanding hanya 399 sewaktu PRU lalu.

Jika Mahathir dengan nada angkuh ketika ceramah mendakwa konon kekalahan BN dalam PRK ini sebagai bukti rakyat meluat BN, maka kemenangan bergaya BN bolehlah dibuat rumusan rakyat meluat terhadap Mahathir pula.

Sesungguhnya ia bukanlah petanda rakyat tidak menghargai segala jasa Mahathir, tetapi ia membuktikan majoriti rakyat masih setia menghargai BN di sebalik pelbagai penghinaan jahat oleh pembangkang. – Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori