Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kedah Lokasi Transit Pilihan...

ALOR SETAR - Ketibaan musim sejuk di China dan Vietnam menjadikan permintaan terhadap...

Seludup: Nelayan Disaran Jadi...

TANJUNG DAWAI - Golongan nelayan disaran menjadi 'mata dan telinga' Jabatan Kastam Diraja...

DAP Kaji Islam Indonesia:...

SECARA sinis, DAP membangkitkan isu lawatan ke Indonesia sebagai inisiatif parti itu untuk...

Sasar Sifar Penagih Dadah...

SEREMBAN - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan menyasarkan sifar penagihan di...

Body Shaming, Afdlin Selar Peminat Manchester City

PETALING JAYA : Pelakon, Afdlin Shauki menyelar tindakan biadap seorang peminat pasukan Manchester City yang secara tiba-tiba menghinanya di Facebook.

Individu dikenali sebagai Nor Hafiz itu mencetuskan kemarahan Afdlin selepas menghina fizikal pelakon itu di ruangan komen.

“Saya tak kisah pasukan awak dekat atas ke apa ke tetapi bila kau panggil aku ‘gemuk’ di media sosial, walaupun aku gemuk, kau dah melakukan satu jenayah.

“Jadi kawan-kawan dia kata dia tak takut polis lah, minta tolong kalau ada abang-abang polis yang baca ini, minta tolong tegakkan undang-undang, awak nak famous (terkenal) beb, sekarang awak akan jadi famous!,” tulisnya di Instagram (IG).

Terdahulu, pengguna FB tersebut telah melayangkan penghinaaan di ruangan komen salah satu entri pelakon berkenaan di media sosial itu.


Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Afdlin menerusi IGnya memaklumkan bahawa Nor Hafiz secara peribadi telah tampil memohon maaf diatas tindakan dangkalnya itu.

“Okay, terima kasih Nor Hafiz kerana meminta maaf. Saya pun tak nak memperbesar-besarkan isu ni. Cukup sebagai peringatan untuk kita semua yang body shaming is not okay.

“Nak kutuk pasukan bola tu biasalah, itu sebahagian daripada keseronokan menjadi penyokong. Tapi body shaming salah dari segi undang-undang. Terima kasih Hafiz kerana anda sangat cakna dengan situasi ini,” tulisnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori