Bomba Komuniti Bantu Turunkan Jumlah Panggilan Kecemasan

Kangar : Peranan Bomba Komuniti dalam memberi pendidikan mengenai keselamatan dan kesedaran pencegahan kebakaran menyumbang kepada penurunan jumlah panggilan kecemasan di Perlis dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perlis, Penguasa Kanan Bomba 1 Ruhisha Haris berkata, tahun lalu pihaknya menerima 979 panggilan yang membabitkan 508 panggilan memadamkan api, 467 panggilan penyelamatan dan empat panggilan tugas khas.

Katanya, jumlah itu menurun berbanding 1,287 panggilan pada 2020, melibatkan 911 panggilan kebakaran, 369 panggilan penyelamatan dan tujuh panggilan tugas khas.

“Anggota Bomba Komuniti diberi latihan asas oleh pihak JBPM agar mereka membantu mangsa dan juga berperanan sebagai mata, telinga dan mulut JBPM dalam memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tatacara mengendalikan kejadian kebakaran,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata, peranan badan sukarelawan itu amat penting kerana mereka adalah responden pertama di tempat kejadian apabila berlaku kecemasan dan akan membantu mangsa sebelum ketibaan jentera bomba.

Menurutnya, Perlis kini memiliki 606 ahli yang menganggotai 49 pasukan Bomba Komuniti, dengan pasukan yang aktif adalah Bomba Komuniti Kampung Alor Ara Timur, Pauh, Padang Siding, Taman Sri Wang, Rancangan Perumahan Awam (RPA) Arau, Kayang, Bintong, Taman Sepadu dan Taman Beseri Indah.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...