Bomoh Ditahan Rogol Wanita Terima Rawatan

PASIR MAS – Polis menahan seorang bomoh berusia 67 tahun selepas didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun, ketika proses rawatan tradisional dalam kejadian di rumah suspek di Kampung Tendong di sini, pada Jumaat lepas.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 3 petang itu mangsa bersama ibu dan bakal suaminya, telah ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata apabila tiba di rumah itu mangsa telah berjumpa dengan suspek yang dikenali sebagai ‘Ayahsu’ dan isterinya ‘Maksu’ berusia 60-an.

Beliau berkata suspek kemudian telah meminta mangsa untuk masuk ke dalam sebuah bilik rawatan melalui pintu belakang rumah.

“Semasa mangsa berada di dalam bilik rawatan seorang diri, suspek telah meminta wanita itu supaya menanggalkan seluar.

“Suspek kemudiannya telah menggosok paha mangsa sebelum bertindak merogol mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata suspek turut memberi amaran supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa, selain berpesan kepada mangsa supaya datang sekali lagi untuk rawatan susulan.

“Mangsa yang berasa tertipu telah menceritakan kejadian itu kepada bakal suaminya serta keluarga, sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bunut Susu di sini dan pihak polis menahan suspek kira-kira 12 tengah malam,” katanya.


Menurutnya, suspek yang juga pesara itu direman bermula semalam hingga 22 Okt ini, dan kes disiasat mengikut 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Menjelas lanjut, beliau berkata berdasarkan siasatan awal, suspek sebelum ini berkenalan dengan mangsa di sebuah kedai dan mengatakan mangsa mengalami gangguan makhluk halus dan perlu dirawat secara tradisional olehnya.

“Suspek juga dipercayai pernah melakukan perbuatan yang sama terhadap wanita lain, memandangkan sudah menyediakan khidmat perawatan tradisional sejak 1995,” katanya.

Justeru, beliau berharap kepada mana-mana individu yang pernah diperlakukan perkara sama oleh suspek supaya hadir membuat laporan polis. – BERNAMA

TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Baca: Bapa Durjana Rogol Anak, Rodok Kemaluan Isteri Dengan Botol Susu

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...