Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Ditemui Terapung...

PARIT BUNTAR - Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam tali air Estet Simpang...

“Mana Duit Raya Peneroka...

1. Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan setakat ini tidak memberikan keputusan muktamad berhubung pemberian...

Warga Asing Mabuk, Cetus...

BEBERAPA keping gambar menunjukkan sekumpulan warga asing yang dipercayai mabuk dan cetuskan kekecohan...

Lemas: 2 Lagi Mayat...

BUKIT BERUNTUNG - Dua lagi mayat kanak-kanak yang hilang selepas dibawa arus Sungai...

Bon Samurai Bukti PH Tambah Beban Hutang Negara

KRITIK… Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pinjam 200 bilion yen (RM7.4 bilion) daripada Jepun adalah satu tindakan yang berlawanan dengan prinsipnya untuk kurangkan hutang negara.

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan mendakwa, ia membuktikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pemimpin PH lain ‘cakap tidak serupa bikin’ mengenai isu hutang negara.

“Pada saya, ia (bon samurai) berlawanan prinsip PH untuk kurang hutang. Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) dan Mahathir selalu sebut ekonomi kita dalam keadaan teruk sebab hutang banyak ditinggalkan Barisan Nasional (BN).

“Tapi saya melihat Belanjawan 2019 ini, negara punya pendapatan RM261.82 bilion. Tapi bajet yang diumum ialah RM314.55 bilion. Bermakna lebih RM52.73 bilion adalah hutang. Ditambah lagi dengan bon samurai yang baru ini.

“Kata kerajaan PH mahu kurangkan hutang, tapi kenapa tambah lagi?” soalnya dipetik BNPPortal.com. Ujar Ahmad, perkembangan itu juga membuktikan sebenarnya hutang negara tidaklah begitu serius seperti sering dimomok PH.

“Jadi pada ketika yang sama juga mereka kata hendak mengurangkan hutang negara, tetapi dalam mereka punya bajet 2019 juga menunjukkan khidmat hutang yang dibayar cuma 10.5 peratus. Tahun lepas ialah 11 peratus.


“Kalau mereka betul-betul ingin bayar hutang, bayaran khidmat hutang itu perlu mungkin 15 peratus daripada keseluruhan bajet. Tapi dia 10.5 peratus pula,” kata Ahmad yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Tambahnya, tuduhan demi tuduhan mengenai hutang negara sebenarnya hanya helah PH untuk elak diri daripada kekurangan hasil sebenar akibat pembatalan GST serta kegagalan mereka untuk memenuhi janji manis manifesto.

“Sebenarnya mereka kurang pendapatan sebab batal GST. Maka mereka kurang RM23 bilion hasil pendapatan tahun depan. Itu sebab mereka meneruskan hutang, dan terpaksa mengurangkan bayaran khidmat hutang.

“Lantas mereka bantai kita (BN). Sebenarnya yang salah adalah mereka sendiri yang tidak melihat implikasi buruk daripada pembatalan GST boleh menyebabkan kekurangan pendapatan negara,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori