Britain, Taiwan Bakal Haram Straw Minuman

SELEPAS ribuan tahun digunakan manusia sejak dicipta masyarakat Sumeria yang membentuk tamadun Mesopotamia 3,500 Sebelum Masihi di selatan Iraq kini, straw kini bakal tinggal sejarah!

Britain bulan lalu mengikut jejak langkah Taiwan sebagai negara perintis yang bakal mengharamkan langsung penyedut minuman diperbuat daripada plastik ini di pasaran sebagai usaha memelihara kelestarian alam sekitar.

Setiausaha Alam Sekitar Britain, Michael Gove dipetik portal BBC berkata, langkah itu juga lebih mudah dilakukan sebelum Brexit, terma popular di negara itu merujuk kempen Britan keluar blok ekonomi Kesatuan Eropah (EU).

Majlis Pemuliharaan Marin menganggarkan penduduk Britain menggunakan 8.5 bilion batang straw pada setiap tahun dan bahan plastik itu adalah antara 10 jenis sampah yang paling banyak ditemukan di kawasan pantai.

Menurut Gove, ba­nyak isu alam sekitar tidak boleh diputuskan kerana belum Brexit tetapi dinafikan Naib Presiden Suruhanjaya EU, Frans Timmermans yang mendakwa EU sudah mengambil langkah itu awal berbanding Britain.

Berdasarkan laporan kumpulan bukan kerajaan Refuse The Straw, penyedut air itu hanya terurai selepas lebih 200 tahun. Pada Januari lalu, Perdana Menteri Britain, Theresa May memaklumkan usaha pengharaman straw.

Beberapa buah restoran termasuk JD Wetherspoon, Wagamama dan Pizza Express telah mengumumkan tidak akan menyediakan penyedut air daripada bahan plastik itu untuk semua pelanggannya dan hanya diberi jika diminta.

Ratu Elizabeth II juga telah memerintahkan langkah pengurangan penggunaan penyedut air tersebut di semua istana semayam baginda dan anggota kerabatnya termasuk Buckingham, Windsor Castle dan Holyroodhouse.

Ironi pertubuhan orang kelainan upaya (OKU), One in Five dari Scotland melahirkan kebimbangan dan berkata, pihaknya berusaha mengimbangi langkah pemuliharaan alam sekitar tetapi tidak me­ngenepikan keperluan OKU.

Mereka menegaskan, penye­dut air kertas yang disaran sebagai pilihan terbaik sebenarnya memang tidak sesuai digunakan untuk minuman panas manakala penyedut air daripada besi berbahaya kepada pesakit Parkinson.


Dalam pada itu Taiwan merancang pengharaman penggunaan barangan plastik, serta mempromosikan beg dan cawan plastik menjelang 2030, dengan semua restoran berdepan dengan banyak sekatan baharu mulai tahun depan.

Langkah ini merupakan usaha terbaru Taiwan untuk mengurangkan pembuangan sampah dan pencemaran selepas memperkenalkan program kitar semula dengan mengenakan caj tinggi ke atas penggunaan beg plastik.

Selain itu, usaha mesra alam sekitar turut mengehadkan pembakaran colok di kuil dan acara pesta bagi melindungi kesihatan awam. Rancangan baharu ini memaksa rangkaian restoran besar berhenti menyediakan straw plastik.

Ia bermula di semua restoran mulai 2019 sebelum ia diperluaskan kepada semua kedai makan menjelang 2020. Pelanggan perlu membayar tambahan bagi straw, beg plastik, perkakas pakai buang dan cawan plastik mulai 2025.

“Sisa plastik mencemari laut dan juga rantaian makanan yang akan menjejaskan kesihatan manusia,” kata Lai Ying-ying, pegawai Pentadbiran Perlindungan Sekitaran Pemerintah (EPA) yang menyelia program baharu itu.

Menurut beliau, secara purata setiap penduduk Taiwan menggunakan 700 beg plastik setiap tahun. EPA merancang untuk mengurangkan jumlah tersebut kepada 100 menjelang 2025 dan sifar sebelum 2030.

Pemerintah sudahpun mengharamkan beg plastik percuma di semua kedai runcit besar, termasuk pasar raya dan kedai serbaneka dan akan diperluasa kepada perniagaan kecil termasuk kedai roti dan kedai kopi mulai tahun ini.

Taiwan juga sudah memulakan kitar semula plastik dan berusaha untuk mengurangkan plastik pakai buang lebih 10 tahun lalu. Pada 2017, hampir 200,000 tan plastik dikitar semula, menurut EPA. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Petugas Parlimen Meninggal Dunia Akibat COVID-19

KUALA LUMPUR: Pejabat Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya mengesahkan satu kes kematian melibatkan seorang...

Pameran Batu Permata Dan Barang Kemas Bertaraf Dunia Di KL

KUALA LUMPUR : Pameran Batu Permata dan Barang Kemas Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIGJE’ 22)...

GPS Mampu Menang Semua Kerusi Jika Bergerak Satu Pasukan

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menang di semua 82 kerusi Dewan Undangan...

9,356 Pegawai, Anggota Polis Siap Siaga Hadapi PRN Sarawak

GOMBAK - Seramai 9,356 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sudah bersiap siaga menghadapi...

Subsidi Haji Untuk Yang Layak Saja

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) mencadangkan subsidi haji diperuntuk secara bersasar, bukan secara...

Shahidan Dijangka Umum Sekatan Penjualan Arak Pada Khamis

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada...

Agensi Kerajaan, GLC Diseru Guna Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua agensi atau syarikat...