BSN Kreditkan Bayaran BPR Hari Ini

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) memulakan pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 fasa dua bermula hari ini hingga 17 Mei melalui dua kaedah iaitu pengkreditan akaun dan secara tunai. 

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil Jeremy, berkata bagi pengkreditan akaun, bayaran akan dibuat bermula hari ini hingga 12 Mei manakala pembayaran tunai di cawangan bank itu pula dilakukan pada 17 Mei. 

“Bagi pembayaran BPR 2021 fasa dua secara tunai, anda dinasihati untuk merancang waktu kunjungan ke cawangan BSN terlebih dahulu dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“BSN juga membuat persediaan awal dengan kerjasama daripada RELA serta Polis Bantuan BSN bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Jay Khairil berkata, pembayaran BPR 2021 fasa dua melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang dikemukakan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kepada BSN. Bagi pembayaran secara tunai pula, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke cawangan BSN. 

“Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penerimaan bayaran BPR2021. Penerima BPR dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu melalui laman sesawang LHDNM – http://bpr.hasil.gov.my atau hubungi LHDNM Hotline BPR melalui talian 1-800-88-2747 sebelum hadir di mana-mana Cawangan BSN. 

“Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang BSN www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1-300-88-1900,” katanya. 

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.75 bilion untuk pembayaran BPR bagi membantu kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian. 

Fasa 2 BPR akan memberi manfaat kepada 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas dan 3.8 juta individu bujang. – BH Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...