BSN Tanggung Penuntut Di Jepun Pulang Beraya

KOTA BHARU – Bank Simpanan Nasional (BSN) membuat kejutan istimewa untuk sebuah keluarga di Kampung Pulau Belanga, Kedai Lalat di sini apabila membawa pulang anak kesayangan mereka.

Lebih manis, anak perempuan pasangan warga emas tersebut yang belajar di Universiti Kagoshima, Jepun sejak beberapa tahun lalu itu akhirnya dapat pulang menemui keluarga bagi menyambut perayaan Syawal pada kali ini.

Ibrahim Isa, 57, dan Norlida Ismail, 55, sebenarnya sudah tiga tahun tidak pernah bertemu dengan anak mereka, Anis Farhana, 27, selepas wanita itu yang ditemani suaminya, menyambung pengajian di Jepun sejak tahun 2014.

Pertemuan istimewa itu diaturkan sendiri oleh pihak BSN menerusi Kempen Riuhkan Raya BSN 2017 yang juga merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat anjuran bank tempatan tersebut.

Lebih unik, selain suaminya, Nik Mohamad Faiz Nik Azlan, 25, Anis Farhana turut membawa pulang anaknya, Nik Nur Saibah Al Khawlah yang baru berusia 20 bulan, untuk dipertemukan buat pertama kali dengan ibu bapanya.

Turut hadir ialah Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar dan Pengarah Perniagaan BSN Kelantan, Komaruddin Mustafa. Kepulangan secara mengejut Anis Farhana disambut penuh kesyukuran keluarga tersebut.

Penuntut ijazah doktor falsafah (PhD) tahun kedua di Jepun itu berkata, mereka sekeluarga sebenarnya tidak dapat pulang beraya di kampung halaman sejak tiga tahun lalu disebabkan faktor kewangan yang amat terbatas.


Anis Farhana malah hanya bergantung kepada suami yang melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk menampung perbelanjaan keluarga dan pengajian di Kagoshima, Kyushu, kira-kira 1,353 kilometer dari ibu kota Tokyo.

“Saya cukup rindu dengan keluarga di kampung. Hasrat saya untuk berpuasa dan menyambut hari raya puasa bersama-sama keluarga akhirnya menjadi kenyataan apabila terpilih dalam kempen yang dijalankan BSN ini.

“Saya tidak dapat mengambarkan perasaan saya ketika ini, sedih, sayu semuanya ada. Terima kasih BSN kerana merealisasikan impian saya untuk beraya di kampung tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Anis Farhana adalah antara tiga pelajar Malaysia di luar negara yang terpilih menerima tajaan tiket penerbangan pulang ke kampung sempena sambutan perayaan, khas daripada pihak BSN. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...