Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bayar RM600 Untuk Pelamin...

SEORANG wanita meluahkan kekecewaannya di media sosial berikutan rasa tertipu dengan pihak pembekal...

1.4 Juta Perlu Lengkapkan...

PUTRAJAYA - Seramai 1.4 juta individu yang telah mendaftar untuk menerima vaksin bawah...

Tidak Wajar Jawab Soalan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah dinasihatkan bahawa...

DAP Kata Tiada Hudud,...

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan jelas menyatakan pendirian DAP hari...

Buaya Terlepas, Australia Berdepan Banjir Terburuk

BANJIR besar yang melanda Australia menyebabkan penduduk di timur laut negara itu terpaksa dipindahkan, manakala ratusan buaya terlepas dan memenuhi jalan raya.

Situasi yang menimbulkan kekecohan itu menyebabkan bantuan pihak tentera digunakan untuk mengawal keadaan termasuk membantu meletakkan beg pasir.

Pasukan tentera juga menyelamatkan penduduk yang terperangkap di atas bumbung susulan hujan monson yang berterusan di Queensland.

Penduduk semakin berjaga-jaga kerana bimbang berdepan kehadiran reptilia itu.

Buletin Townsville memaklumkan pihaknya turut menerima laporan berkaitan kehadiran buaya air masin di kawasan yang dilanda banjir.

Situasi itu juga menyebabkan pasukan kecemasan bergegas ke lokasi apabila sebanyak 18 buaya dikesan di kawasan penempatan.


Lebih 1,100 orang awam menghubungi pasukan kecemasan untuk mendapatkan bantuan, demikian kata Ahli Parlimen Queensland, Annastacia Palaszczuk.

Malahan, kira-kira 400 penduduk Townsville telah mendapatkan perlindungan di kem tentera Lavarak, selain itu, pasukan Bulan Sabit Merah juga turut membantu.

“Kejadian ini yang pertama berlaku dalam masa 100 tahun, memang tidak dijangka,” kata Palaszczuk. – TheJakartaPost

Kategori