Saturday, December 28, 2024

Creating liberating content

7 Lelaki Geng Kongsi...

GEORGE TOWN - Pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap dipercayai punca kejadian sekumpulan...

Kerajaan Negeri Dibantu Walaupun...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua kerajaan negeri akan...

Lelaki Berpakaian Perempuan: Jangan...

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang...

Wanita Dipenjara Rakam Gambar...

MAHKAMAH Korea Selatan pada Isnin membuat keputusan mengejutkan apabila menjatuhkan hukuman penjara terhadap...

Budak 12 Tahun Cipta Permainan Komputer

MARAN – Walaupun hanya bersekolah sehingga Tahun Lima kerana masalah kesihatan, Muhammad Thaqif Syahiran Jamzuri membuktikan kemampuannya mencipta permainan komputer hampir setaraf dengan yang dibangunkan pencipta lain.

Anak sulung daripada dua beradik berusia 12 tahun itu terpaksa berhenti sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi, Selangor, Mac tahun lalu kerana sering diserang histeria dipercayai akibat tekanan.

Dia kemudiannya berpindah bersama ibunya, Rafiah Adam, 44, serta adiknya, Nur Aina Batrisya, 8, ke kampung ibunya di FELDA Jengka 15, di sini untuk berubat.

Muhammad Thaqif Syahiran berkata, pada mulanya ramai tidak percaya kanak-kanak berusia 12 tahun sepertinya boleh berbuat demikian apabila dia bertanya nama sesuai diberikan kepada permainan sedang dibangunkannya itu di halaman Facebook, PC Gaming Community (Malaysia) sebelum kisahnya ditularkan sehingga mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu bertemunya.

Katanya, malah ada yang mengatakan dirinya menipu tetapi dia tidak berkecil hati sebaliknya menganggapnya sebagai cabaran dalam menyiapkan permainan komputer berkonsepkan taktikal khas untuk kanak-kanak sejak sebulan lalu menggunakan perisian ‘Unity Personal’.

“Saya juga menghadapi cabaran kerana komputer digunakan di Pusat Internet Malaysia tidak boleh menampung pembangunannya kerana spesifikasi bukan untuk permainan, sebab itu saya ada bertanya di Facebook sekiranya ada sesiapa mahu menjual komputer dengan harga RM350.

“Saya dapat tahu ada peminat permainan komputer mengambil inisiatif mengumpul sumbangan bagi membeli komputer baharu apabila mendapat tahu usaha yang sedang saya lakukan… saya berterima kasih.

“Sekarang permainan berkenaan sudah siap 78 peratus, saya berharap dapat menyiapkannya dengan segera… selepas ini saya mahu membina lebih banyak permainan untuk peringkat lain pula,” katanya yang mengakui tidak minat bermain permainan komputer.

Muhammad Thaqif Syahiran ditemui NSTP di Pusat Internet Malaysia FELDA Jengka 15, sini.

Selain mencipta permainan komputer, Muhammad Thaqif Syahiran juga menunjukkan minat dalam bidang perniagaan dengan menjual sim kad, perkhidmatan fotografi khusus untuk gambar pasport dan cecair asap digunakan untuk majlis yang dihasilkannya sendiri.


“Saya mula berniaga secara kecil-kecilan apabila pindah ke kampung, perkhidmatan fotografi saya sendiri mengambilnya menggunakan telefon bimbit dan mencetaknya di Pusat Internet Malaysia di sini,” katanya.

Sementara itu, Rafiah yang juga suri rumah berkata, dia menyokong usaha anaknya dalam membangunkan permainan komputer kerana ia adalah antara terapi berkesan dalam mengawal histeria anaknya yang turut menerima rawatan mengikut kaedah Islam di sini, selepas dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum ini.

“Saya dapati Thaqif lebih tenang apabila dia dengan komputer, saya merancang untuk menghantarnya ke sekolah tahfiz berdekatan pada tahun hadapan tetapi sekarang saya lihat minatnya lebih kepada komputer.

“Kalau boleh saya memang mahu dia terus bersekolah tetapi kena cari yang bersesuaian, saya berharap Kementerian Pendidikan dapat menyediakan peluang buat Thaqif supaya potensinya dapat dikembangkan,” katanya.

Dia juga berterima kasih kepada penderma yang memberikan sumbangan wang tunai kepada mereka untuk membeli komputer baharu yang sesuai buat Muhammad Thaqif Syahiran membangunkan permainan komputer tanpa ada sebarang masalah.

“Sekarang sudah ada RM300 dan kalau boleh dapat tambah lagi boleh beli komputer berkenaan, terima kasih kepada semua yang menyokong usaha Thaqif,” katanya.

Mereka yang ingin memberi sumbangan boleh menghubungi Rafiah di talian 01112375679. – BH Online

Kategori