“Bukan Salah McD,” Kata Permaisuri Agong

SHAH ALAM – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meminta orang ramai berhenti mengecam sebuah restoran makanan segera susulan kesilapan berhubung pesanan makanan oleh anakanda bongsu baginda, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

“Tolong janganlah marah sangat kat McD, bukan salah mereka.

“Dalam banyak-banyak itu adalah yang terkurang, Jihan memang suka sangat makan McD, setiap hari beli McD. Nama dia pun saya sudah tukar McJihan,” tulis baginda menerusi Twitter peribadi @cheminahsayang yang pantas menarik perhatian netizen hingga tular di media sosial.

Dengan memberi nama baharu buat anak bongsunya itu, baginda juga berseloroh apabila menukar ejaan nama dari McJihan kepada MekJihan.

“MekJihan pun ok juga,” ciap baginda yang ternyata mencuit hati warga alam maya.

“Adoii, tersembur gelak baca tweet (ciapan) ni, hahahaha. Mamanya nukor (tukar) nama si ku bongsu, hahaha,” ciap @akutaktahulah.

Kata @quratull_sofi pula, “Alahai tengku @jihanabdullah27 dah tukar nama jadi Tengku McJihan. Pandai bondanya buat lawak,” tulisnya.

Pada hantaran sama, tulis @syazwanyrahim, “Ampun tuanku, yang ni lawak. Baru nak marah McDMalaysia, baca tweet tuanku terus tak jadi marah, terus gelak, hihihi.”

Sementara itu, perkongsian status Twitter Permaisuri Agong setakat ini mendapat 10,300 ulang kicau dan 22,400 tanda suka.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan luahan Tengku Puteri Jihan apabila membeli burger di sebuah restoran makanan segera, namun apa yang diterimanya hanya semata-mata roti dan keju, tiada daging serta sayuran.

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...