Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JPJ Kawal Kenderaan Tak...

ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah berjaya mengawal pergerakan kenderaan asing...

Kedah Kecewa Keputusan FAM...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) amat kecewa dengan keputusan...

Hady Mirza, Naqiu Juara...

SHAH ALAM - Keputusan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) mengejutkan peminat...

KL Genta Kembali ‘Gegar’...

KUALA LUMPUR - Festival Gendang dan Tarian Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KL Genta)...

Busana Menyerlah, Farah ‘Overshadow’ Pengantin?

NAMA pelakon cantik manis, Farah Nabila hari ini dilihat menjadi bualan hangat para peminatnya.

Pelakon yang mengecapi populariti mendadak selepas berlakon dalam drama Titian Kasih dan semakin menjadi perhatian ramai pulak sejak keakraban hubungan persahabatan antara dirinya dan pelakon jelita, Izara Aishah diketahui umum.

Farah merupakan salah seorang sahabat baik kepada Izara sejak di bangku sekolah lagi.

Baca: Kawan Sejak Kecil, Farah Gembira Untuk Izara

Ternyata, masih ramai yang tak boleh move lagi dengan cerita tu bukan? Tetapi, kami di Mynewshub bukan nak cerita lagi pasal benda tu u’olls... Haaa…

Apa yang menarik perhatian ialah gambar dimuat naik oleh penyanyi cantik, Kilafairy di Instagram baru-baru ini.

Menerusi perkongsian berkenaan, busana yang digayakan oleh Farah dilihat lebih menyerlah berbanding pengantin perempuan ketika majlis berlangsung.

Sekali pandang macam heroin yang popular menerusi drama rantaian, Titian Cinta itu pula yang berkahwin!

Ekoran itu, ramai berpendapat busana yang disarungkan oleh wanita itu terlalu ‘overshadow’ sekali gus dikatakan kelihatan lebih sedondon pula dengan pengantin lelaki.


Alahai korang ni pun… Janganlah ikut sedap mulut je cakap lepas macam tu. Mungkin baju yang dipakai oleh Farah atas permintaan Izara sendiri agar kena dengan tema majlis. Haa, siapa tahu?

Apa-apapun tahniah diucapkan buat pasangan, Izara dan Adib Khalid yang telah berjaya disatukan dengan sekali lafaz sekitar jam 9 malam pada 18 November lepas. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori