Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mark Adam Tonton Filem...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Mark Adam memberitahu dia sering menonton filem-filem lakonan Allahyarham...

Aktivis PPIM Bela Hak...

ALKISAH aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini, Muhammad Yusuf Azmi, wajahnya sering...

Logo Apple Di Belakang...

PERANTI keluaran Apple mudah dikenali walaupun dilihat dari bahagian belakang.Logo Apple dan perkataan...

Maut Angkara Gaduh Di...

APLIKASI Facebook yang menjadi penghubung kepada manusia seluruh dunia juga boleh menjadi penyebab...

Cara David Teo ‘Tidak Beradab’ – Mamat Khalid

PENGARAH Mamat Khalid menyifatkan cara pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG), Datuk David Teo bercakap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah ‘tidak beradab’.

Cara David Teo 'Tidak Beradab' - Mamat Khalid

Menurut pengarah popular itu, orang industri memang mengetahui cara percakapan David yang kuat dan lantang namun kali ini beliau dianggap telah melampaui batas.

“Dengan sesiapa pun dalam industri begitulah cara dia cakap, begitu lantang.

“Jadi apabila berada dalam satu forum bersama dengan perdana menteri, saya rasa kelantangan itu dia tak tahu nak ‘control’. Dia masih ingat dia bercakap dengan budak ‘production’ agaknya,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Dalam program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan) yang diadakan di Seri Perdana, David Teo dilempang pelakon veteran Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin.

Insiden itu tercetus gara-gara tindakan David yang dilihat seolah-olah memprovok moderator majlis, Datuk Rosyam Nor di hadapan Najib.


Sementara itu, Mamat yang mengenali Mat Over secara peribadi menyifatkan pelakon itu bukanlah seorang yang bengis tetapi sangat bersopan santun.

Mamat juga tidak menjangkakan Mat Over akan bertindak sedemikian pada majlis tersebut.

“Bersembang dengan kita pun tak bertentang mata, punya lembut Mat Over ini.

“Maklumlah bukan selalu ada ‘open talk’ pasal industri dengan pemimpin negara, mungkin dia tak mampu nak kawal lagi kesabaran dia,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori