Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MCA Tangguh AGM Elak...

KUALA LUMPUR - MCA membuat keputusan untuk menangguhkan mesyuarat agung tahunan (AGM) parti...

Warga Kampus UKM Nikmati...

KUALA LUMPUR – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan penyedia telekomunikasi, Maxis Bhd menjalin...

DAP Diarah Turunkan Poster...

KUCHING : DAP diarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan poster kempen pilihan raya...

2 Maut Akibat Lori...

KULIM - Gara-gara langgar lampu isyarat merah, sebuah lori ais merempuh dua penunggang...

China Bina Ibu Kota Baharu 3 Kali Besar New York

BEIJING – Sebuah kawasan dekat ibu kota China mula menjadi perhatian ribuan orang pembeli hartanah setelah pemerintah minggu lalu mengesahkan hasrat memajukan tanah tersebut.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, kerajaan China merancang sebuah kota baharu di daerah itu yang dinamakan sebagai Xiongan dalam usaha mengurangkan pencemaran udara dan kesesakan lalu lintas di Beijing.

Rancangan pembangunan Xiongan, sebuah kawasan ekonomi khusus di bahagian tenggara Beijing malahan adalah tiga kali ganda lebih luas berbanding New York, Amerika Syarikat dan ia diumumkan pemerintah akhir bulan lalu.

Menerusi kenyataan bersama antara Jawatankuasa Pusat Parti Komunis dan Kongres China, dua lembaga paling berkuasa di negara itu, pelan bandar baharu tersebut bahkan mencakupi tiga daerah sekitar 100 kilometer persegi.

Pembinaan Xiongan juga dijangka meringankan tekanan terhadap Beijing yang kini dihuni 22 juta orang sehingga pernah diselubungi isu jerebu teruk selain masalah kesesakan trafik kritikal setiap kali musim perayaan besar.

“Xiongan akan menjadi jawapan bagi masalah pertumbuhan China apabila perkembangan kawasan urban harus memberi jalan kepada strategi pembangunan yang inklusif dan seimbang,” menurut laporan Xinhua lagi.

Lebih daripada sekadar replika kisah kejayaan masa lalu China, kawasan baharu ini akan menceritakan masa depan sebuah kota baharu yang lestari alam sekitar,” tambah Xinhua tanpa mendedahkan butiran terperinci bandar itu.

Presiden China, Xi Jinping dalam pada itu menyatakan bahawa kota baharu tersebut akan menjadi contoh sebuah pembangunan inovatif yang mengutamakan perlindungan ekologi dan meningkatkan kualiti hidup warganya.


Pengumuman rancangan mega berkenaan langsung mencetuskan spekulasi sehingga ramai membanjiri kawasan tersebut untuk membeli tanah atau hartanah yang kelak dapat dijual kembali dengan harga lebih mahal.

Media massa tempatan melaporkan harga bangunan di kawasan tersebut secara tiba-tiba melonjak dua kali ganda hanya beberapa jam setelah pengumuman rasmi oleh pihak pemerintah mengenai pelan pembangunan Xiongan.

Portal kewangan antarabangsa Bloomberg melaporkan, pemburuan hartanah secara besar-besaran itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas menuju ke kawasan tersebut, sementara semua hotel juga dipenuhi pelanggan.

Selama beberapa tahun terakhir, pemerintah China membangunkan banyak kawasan baharu sebagai sebahagian rancangan urbanisasi mega dalam usaha memindahkan ratusan juta orang yang membanjiri kota-kota utama.

Bagaimanapun ada penganalisis ekonomi menyatakan, kebanyakan kawasan perbandaran baharu itu kemudian berubah menjadi seperti kota hantu namun sejak kebelakangan bandar sunyi berkenaan mulai kembali hidup.

“Tidak ada lagi yang diberi julukan nama kota hantu, ini hanya sebuah fasa perkembangan,” kata Wade Shepard, penulis buku tentang fenomena kota baharu di China. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori