Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

93 Pelancong Terkandas Di...

PUTRAJAYA - Seramai 93 pelancong asing termasuk 13 rakyat tempatan terkandas di Pulau...

[TERKINI] 13 Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Seramai 13 rakyat Malaysia disahkan maut manakala sembilan lagi cedera...

Tak Wajib Bawa Sejadah,...

INDIVIDU ingin solat berjemaah di masjid dan surau kini tidak lagi diwajibkan membawa...

9 Warga Malaysia Diselamat...

KAHERAH - Lapan rakyat Mesir serta sembilan warga Malaysia diselamatkan Tentera Laut Mesir...

Coli Pintar Ini Bantu Wanita Senam Lebih Cergas

CANGGIH… Berita baik untuk wanita aktif bersenam, sebuah syarikat ingin kaum Hawa ganti alat kecergasan Fitbit atau jam tangan Apple Watch dengan gajet baru yang tentu lebih mudah diguna.

Ia juga pasti membolehkan golongan wanita dapat memakai jam tangan jenis lain yang mereka gemari ataupun tidak memakai sebarang jam langsung di tangan ketika sedang sibuk melakukan aktiviti senaman lasak!

Pakaian dalam wanita ‘pintar’ yang pertama di dunia dipanggil OMbra, diperkenalkan pada Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas, Amerika Syarikat baru-baru ini oleh syarikat OMSignal, lapor akhbar USA Today.

Coli khas tersebut direka bertujuan untuk mengesan biometrik pengguna, termasuk kadar degupan jantung dan aktiviti kecergasan pengguna, menerusi pakaian dalam yang digunakan oleh wanita pada setiap hari.

“Kaum wanita pada masa ini mula lebih cenderung dengan alat yang boleh dipakai ketika bersukan atau di gimnasium, tetapi mereka tidak mahu alat yang leceh untuk digunakan kerana dianggap sebagai berat.

“Dan jika mereka memakai alat sebegini sepanjang hari, mereka mahukan lebih banyak maklumat kesihatan diri,” kata ketua pegawai pemasaran OMSignal, Shaz Khang seperti ditukil USA Today.


OMbra merakam biometrik pengguna dan memindahkan maklumat itu kepada alat iOS. Bra pintar ini boleh digunakan sepanjang 10 kegiatan bersenam sebelum perlu dicaj semula, dan ia juga kalis peluh.

Coli ini dilengkapkan dengan alat sensor yang fleksibel, boleh memastikan sama ada tiba masanya bagi pengguna bersenam lebih gigih, atau berehat. Ia juga ada tali yang boleh disesuaikan kepada bentuk tubuh berlainan.

Khidmat penghantaran bagi OMbra dijangka bermula pada musim bunga ini dengan harga sekitar AS$150 (RM600) dan boleh ditempahnya terlebih dahulu menerusi laman rasmi OMSignal. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori