Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Masjid Terima Kutipan RM1...

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) hari ini...

309 Peniaga Setuju Pindah...

PASIR PUTEH - Sebanyak 309 daripada 516 peniaga yang berniaga di Pasar Besar...

Terkilan Dituduh Menang Trofi...

BAWA pulang trofi bagi kategori Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP (Siapa Diriku), Drama MeleTOP...

Pejabat Jho Low Kendali...

LOS ANGELES - Pejabat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho di London...

Comango Tuntut Janji Kerajaan PH

KUALA LUMPUR – Selepas lebih dua bulan Pakatan Harapan menguasai Kerajaan Persekutuan, Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kini menuntut janji-janji yang pernah dibuat oleh Pakatan Harapan kepada gabungan NGO tersebut.

Antara tuntutan awal Comango adalah larangan perkahwinan bawah umur di Malaysia, menghentikan penangkapan pekerja asing dan mempromosikan hak asasi golongan lesbian, gay, homoseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

“Tindakan keras terhadap pendatang asing tanpa izin di bawah “Ops Mega 3.0” menimbulkan kebimbangan besar mengenai pelanggaran hak pekerja asing.

“Keputusan Menteri Belia dan Sukan tunduk kepada tekanan berhubung pelantikan Numan Afifi bercanggah dengan Janji 26 kerana Numan mempunyai hak untuk bekerja dan pelantikannya perlu dipertahankan walau apa orientasi seksualnya,” kata kenyataan itu hari ini.

Numan sebelum ini melalui akaun Facebooknya mengumumkan melepaskan tugas menguruskan akhbar dan media Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada Setiausaha Akhbar baharu.

Pengumuman Numan itu rentetan laporan ‘pelantikan’ beliau yang mencetuskan kritikan ramai pihak kerana Numan dilihat sebagai aktivis memperjuangkan hak LGTB, justeru, tidak sepatutnya dilantik sebagai kakitangan Kementerian Belia dan Sukan..


Numan sebelum ini merupakan pentadbir bagi kumpulan WhatsApp untuk menyelaraskan jadual kerja Syed Saddiq selaku Ahli Parlimen Muar selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Pengumuman Numan itu menyebabkan Syed Saddiq menulis akaun Twitternya kepada Numan: ‘Awak akan sentiasa jadi seorang ‘Bro”. – MYNEWSHUB.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • LGBT

Kategori