Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bunuh Diri Kerana Rasa...

LONDON- Seorang lelaki mengambil jalan pintas dengan membunuh diri kerana tidak mampu lagi...

Orang Baru Kenal Politik...

SEJAK Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad menang dan membentuk kerajaan...

Ibu Tidak Restu Jay...

KOREA SELATAN - Ibu kepada YouTuber terkenal Korea Selatan, Jay Kim tidak bersetuju...

Warga Emas Lintas Jalan...

ALOR SETAR : Hasrat seorang bapa untuk makan malam bersama keluarga tidak kesampaian...

DAP Dakwa Buku Sejarah SPM Alat Propaganda

KUALA LUMPUR – Pemuda DAP mendakwa buku subjek Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan alat propaganda dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 22 tahun.

Pengarah Biro Hal Ehwal Varsity Pemuda DAP, Leong Yu Sheng berkata, ramai masyarakat Melayu tidak sedar Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebenarnya telah pun berubah dari satu aliran ke pelbagai aliran.

“Perubahan ini tidak disebut dalam buku teks SPM dan UMNO sengaja melakukan ini dengan tujuan memupuk lebih banyak penyokong pendidikan satu aliran,” dakwanya dalam satu kenyataan media yang turut ditujukan kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hari ini.

Yu Sheng seterusnya mendakwa, selain daripada Akta Pendidikan 1996, banyak sejarah negara yang tidak memihak kepada UMNO dihapuskan daripada sukatan mata pelajaran SPM.

Menurut beliau, ia termasuk Hartal (mogok besar-besaran) dan peranan gerakan berhaluan kiri dalam kemerdekaan Malaysia.

Justeru, katanya, Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) adalah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, maka sijil akademiknya adalah sah.


“Pemuda DAP mendesak Kementerian Pendidkan mengutamakan usaha pengiktirafannya kerana pemegang UEC telah dinafikan hak undang-undang mereka yang dijamin oleh Akta Pendidikan 1996 selama 22 tahun di bawah rejim BN,” tegasnya.

Sebelum ini, satu forum bertajuk Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah? dianjurkan Imagined Malaysia bagi membincangkan peranan komunis sebagai pejuang kemerdekaan dan sama ada pihak kerajaan perlu mengubah sejarah zaman darurat.

Dalam forum tersebut, beberapa panelis menggesa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan puak berhaluan kiri dalam naskhah rujukan utama pelajar sekolah itu. – Mynewshub.tv

Kategori