Saturday, December 21, 2024

Creating liberating content

Akibat Dadah, Pijak Muka...

SADIS... Padah ketagihan dadah dan mengalami tekanan hidup, seorang lelaki berusia 23 tahun...

Zalimi Anak Tidak Layak...

KUALA LUMPUR - Ibu atau bapa yang menzalimi anak-anak termasuk memukul atau menyeksa...

3,880 Kes Baru Covid-19,...

Kementerian Kesihatan melaporkan 3,880 kes baru Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di...

75,000 Kunjungi Rumah Terbuka...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Kabinet beliau...

Dayang Nurfaizah Akui Bakat Baharu Beri Saingan

WALAUPUN tiga tahun berturut-turut memegang title vokal terbaik dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), Dayang Nurfaizah akui persaingan kali ini amat sengit.

Ini kerana, kesemua penyanyi yang tercalon bukan sahaja memiliki mutu suara yang bagus, bahkan lagu-lagu yang dipertandingkan mempunyai kualiti yang tersendiri.

Jadi, Dayang tidak menolak sesiapa sahaja mampu memenangi kategori vokal terbaik yang pernah disandangnya. Untuk musim ini, Dayang akan mempertaruhkan lagu Separuh Matiku Bercinta ciptaan sepenuhnya oleh Ajai.

Sementara itu, Dayang mengakui lagu Aku Cinta, gandingan pendatang baharu, Ernie Zakri dan Syamel dilihat mempunyai kekuatan tersendiri termasuklah vokal.

“Kedua-dua penyanyi itu memang diketahui umum mengenai kepaduan suara mereka. Apatah lagi Ernie seorang guru vokal dan dia tahu cara atau selok-belok untuk menyerlahkan lagi suara mereka.

“Syamel pula selaku komposer lagu berkenaan, dia tahu bagaimana untuk menyusun muzik supaya gabungan vokal mereka berdua benar-benar padu.

“Perlu diingat, duet antara Jaclyn Victor dan Lah Ahmad pernah mengungguli vokal terbaik menerusi lagu Ceritera Cinta. Mungkin Ernie dan Syamel boleh mengulang kembali sejarah tersebut,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu 31 yang lalu, Salma Asis dilihat mampu mencipta kejutan kerana kelantangan vokal yang dimilikinya.

Salma berjaya melayakkan lagu Akhirnya Cinta hasil ciptaan komposer terkenal, Ajai dan Slen buat pertama kali nyanyiannya.


“Apatah lagi karya Akhirnya Cinta merupakan sebuah lagu balada yang hebat, jadi tidak mustahil Salma boleh menyampaikannya dengan baik,” ujarnya.

Tambahnya lagi, semua penyanyi yang bakal berentap pada Februari depan mampu menjulang anugerah vokal terbaik tersebut asalkan mereka fokus dalam persediaan sebelum ke final.

“Asalkan fokus mereka tidak terganggu, semuanya ada hak untuk memenangi kategori tersebut. Bukan mereka bertiga sahaja, malah sesiapa jua.

“Paling penting, berikan persembahan terbaik untuk peminat dan jangan buat silap,” katanya lagi.

AJL32 kali ini membariskan pendatang dan bakat baharu yang akan menonjolkan kemampuan masing-masing di pentas berprestij itu.

Antaranya ialah Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Khai Bahar, Hael Husaini, Caliph Buskers dan Ara Johari.

Hazama The Penglipur Lara serta Altimet mula mampu mempertahankan keunggulan mereka apabila sekali lagi tercalon dan layak ke final AJL. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori