Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Malaysia Mampu Capai Status...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan keyakinan beliau...

Pegawai APMM Pertingkat Teknik...

KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Seramai 18 tenaga pengajar dari Agensi Penguatkuasaan Maritim...

Kerana Pisang kelab Yokohama...

TOKYO - Kelab bola sepak Jepun, Yokohama F-Marinos dikenakan denda AS$48,000 (RM144,000) oleh...

2 Pemandu Maut Kereta...

DUA pemandu kereta maut dan seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan di Kilometer 12.3,...

Dayang Nurfaizah Terima Anugerah Ikon Kepimpinan

PELONTAR suara Separuh Mati Ku Bercinta, Dayang Nurfaizah antara yang menerima anugerah The BrandLaureate Grand Master Brand ICON Leadership 2017 semalam.

Pencapaiannya yang cemerlang dalam industri hiburan tanah air membolehkan namanya turut tersenarai dengan penerima-penerima anugerah lain.

Selain Dayang, beberapa lagi nama public figure lain turut menerima anugerah Ikon Kepimpinan ini. Mereka ialah penerbit dan komposer, Datuk Wah Idris, pemain biola, Dr. Joanne Yoeh, pemenang acara 100 meter Sukan SEA 2017, Khairul Hafiz Jantan, atlet penerjun negara, Cheong Jun Hoong dan pemain boling negara, Shalin Zulkifli.

Penyanyi kelahiran Sarawak ini menyifatkan anugerah yang diterima itu sebagai penghargaan atas kejayaannya selama menjadi anak seni. Jangan tak tahu, nama Dayang boleh diletakkan sebaris dengan nama-nama penyanyi popular tanah air dengan bakat yang diperolehinya.

“Sebagai penggiat seni sudah tentu saya berasa bangga dengan anugerah yang diberikan, bersama dengan ikon dalam bidang-bidang lain.

“Penganjur melihat penggiat seni seperti saya juga mampu menyumbang dalam membina jenama sesuai tema majlis tahun ini Ikon-Signifikan Kehidupan,” katanya dipetik laporan mStar Online.


Dayang juga sudah berjaya merangkul beberapa anugerah besar menerusi vokalnya yang mantap seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Industri Muzik dan juga Anugerah Planet Muzik.

Menurutnya lagi, anugerah yang diberikan kepada penerima dinilai melalui pencapaian dan inovatif yang ditampilkan dalam bidang masing-masing disamping meletakkan kerjaya ke tahap tertinggi serta membina jenama.

“Penganjur menyatakan mereka yang menerima anugerah dalam setiap kategori dianggap ikon kerana memiliki kekuatan dan berani untuk melangkah jauh,” tambahnya.

Majlis yang dianjurkan oleh Asia Pacific Brands Foundation (APBF) itu telah diadakan di Hotel Majestic malam tadi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua penerima anugerah ini. Diharapkan dengan anugerah ini dapat mendorong mereka untuk terus sukses dalam kerjaya masing-masing. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori