Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PKR Berpecah, Tidak Patut...

KUALA LUMPUR - Perpecahan yang didakwa berlaku dalam PKR ketika ini menjadi antara...

Siren Amaran Awal Tsunami...

TAWAU - Siren Amaran Awal Tsunami yang dipasang di pekarangan Masjid Al-Kauthar di...

Ibu Harap Acap Dijumpai...

IPOH - Biarpun esok genap sebulan Mohammad Ashraf Hassan, 29, hilang semasa menyertai...

Angkasawan Russia Ke ISS...

NEW YORK: Tiga angkasawan Russia tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) semalam dengan...

Demi Tuhan Aku Bersaksi Tunggu Tarikh Tayangan

KUALA LUMPUR – Syarikat produksi, Prokuya Studios yang menerbitkan telefilem, Demi Tuhan Aku Bersaksi masih menanti tarikh tayangan drama yang pernah mencetuskan kontroversi, Julai lalu.

Penerbitnya, Fadzil Zahari berkata, pihaknya sudah menerima surat daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM), namun dimaklumkan telefilem yang mengangkat isu sensitif membabitkan pusat tahfiz itu hanya akan ditayangkan, tahun depan.

“Kami dimaklumkan drama itu akan ditayangkan pada 2020, tetapi tarikh sebenar tayangan tidak pula dinyatakan.

“Diikutkan, kami memang berharap telefilem ini dapat ditayangkan dalam tahun ini juga, memandangkan pelbagai isu tercetus sejak ia dikatakan memberi gambaran buruk terhadap pusat tahfiz.

“Kami bagaimanapun, harus akur dengan keputusan RTM. Kami tidak risau dengan kecaman yang dilemparkan, sebaliknya menyerahkan kepada penonton untuk menilai sendiri jalan cerita drama itu.

“Telefilem ini langsung tiada kaitan dengan isu dibangkitkan, sebaliknya ia menyalurkan mesej dakwah yang positif,” katanya.

Kontroversi mula tercetus susulan penyebaran poster drama itu pada Julai lalu, sekali gus menimbulkan ketidakpuasan hati ramai yang menyifatkan Prokuya Studios sengaja ingin memburukkan pendidikan aliran tahfiz.


Susulan itu, Prokuya Studios terpaksa memanggil Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Al- Bakri; Pengerusi Institusi Tahfiz Selangor, Pencetus Ummah Hafiz; Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ahmad Shukri Yusof; Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan, Mohd Dailami Che Age; pensyarah Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Kamilin Jamilin untuk menonton dan menilai telefilem itu.

Maklum balas yang diberikan ke semua tokoh agama itu cukup positif apabila menyifatkan, penerbitan telefilem itu sarat mesej dan tidak memberi gambaran negatif terhadap pusat tahfiz.

Demi Tuhan Aku Bersaksi menampilkan Syafie Naswip, Fezrul Khan, Sheila Mambo, Taiyuddin Bakar, Aman Graseka, Ismail Yaacob dan Melanie Tan.

Ia berkisar mengenai mak nyah lakonan Syafie Naswip yang cuba kembali ke pangkal jalan dengan bertaubat dan mendalami ilmu agama. – BH Online

Kategori