MENGHADAPI gegaran bom 50 kilogram yang dilepaskan tentera Israel pada jarak empat kilometer dari Kem Pelarian Sabra & Shatilla pada hujung Ogos 2008, pengalaman berharga selama bekerja dengan hos popular Wan Kamaruddin Wan Ibrahim dan Dang Suria Zainordin.
Ini perjalanan kelangsungan siri Ziarah; program 30 episod. Semua episod program ini membabitkan zon krisis negara-negara Islam. Semua lokasi di Afghanistan, Uzbekistan, Krygystan, Syria dan Lubnan melibatkan Wan Kamaruddin dan Dang Suria.
Di Jordan, sebelum tiba ke Lubnan, kami sempat masuk lokap polis dan disoal siasat selama enam jam. Perisikan Jordan mengesyaki kami ejen pengganas Al Qaeda.
Agak panik apabila van dikepung dan diserbu 20 skuad elit polis Jordan siap dengan mesingan dan pistol yang dihalakan ke muka.
Di sempadan Syria-Lubnan, kami dihalang masuk ke Beirut kerana perang Israel-Hezbollah sedang berlanjutan sepanjang Ogos. Pada 28 Ogos waktu kami tiba di sempadan Lubnan, lebih 3,000 nyawa terkorban akibat pengeboman berpanjangan tentera Israel.
Wan Kamaruddin tetap berminat menyeberang sempadan walaupun pengeboman jet pejuang Israel berlarutan setiap jam dari Tyre ke Beirut.
Dang Suria pula kelihatan gelisah apabila imigresen Lubnan enggan membenarkan kami masuk. Di sempadan ratusan trak misi kemanusiaan berbaris panjang setelah Israel memberi amaran akan misi kemanusiaan berbaris panjang setelah Israel memberi amaran akan mengebom apa saja bantuan sekali pun menggunakan logo PBB.
Di Afghanistan sebelum itu, kami meredah Banjaran Khyber Pass selama 8 jam. Meninggalkan bandar Penshawar di Pakistan menuju sempadan Afghanistan melalui Batagram. Laluan ini dikawal lapan pejuang puak yang semuanya bersenjata berat. Lapan jam yang panjang tanpa sebarang jaminan keselamatan.
Wan Kamaruddin dan Dang Suria nampak ghairah untuk melepasi pintu sempadan di Batagram dan masuk ke kota perang Jalalabad. Malah, kedua-dua hos tahu, selepas pos Batagram, kami juga akan melalui Tora Bora, kubu kuat Taliban. Tahun 2008, Taliban masih gagah, apabila Mullah Omar yang dijatuhkan tentera AS, bergabung secara rasmi dengan Al Qaeda pimpinan Osama Ben Laden.
Dari Jalalaban dengan pengawal Dari Jalalaban dengan pengawal pengiring berusia 17 tahun, berketurunan Poshtu – dan hanya berbekalkan sepucuk pistol semi automatik, kami dibawa menggunakan van melalui lebuhraya selama 10 jam memasuki Kabul.
Itu negara pertama kami berkolaborasi – walaupun sudah biasa menguruskan Wan Kamaruddin sejak 2001, sebagai hos program Edisi Siasat. Manakala, projek antarabangsa pertama bersama Dang Suria ialah menjelajah laluan darat dari Banda Aceh ke Paro ketika pasca Tsunami 2004.
Pengalaman Dang Suria yang terjaga tengah malam dan menangis kerana takutkan bunyi anjing melolong. Sebenarnya, dia mengalami trauma kerana melihat terlalu banyak mayat tsunami dalam keadaan ngeri pada siang hari.
Afghanistan meninggalkan banyak kenangan. Dang Suria yang nampak Afghanistan meninggalkan banyak kenangan. Dang Suria yang nampak lembut rupanya sangat berani. Malah, kelihatan seperti gadis pejuang apabila menjulang AK-47, ketika kami berada di pergunungan pinggir Kabul ketika mengembara di laluan selama 16 jam dari Kabul menuju kota purba sejarah Buddha, Bamiyan.
Wan Kamaruddin lebih pendiam. Laluan di tebing gunung dengan jalan yang muat hanya sebiji lori, serta cenuram gunung setinggi 40 meter membuatkan sesiapa saja kecut perut.
Tetapi hos studio akan melupakan jaket cantik dan pendingin hawa apabila berada di garisan perang.
Dang Suria senang diajak berkerjasama. Ketika di sempadan Lubnan yang sedang tegang kerana Israel masih mengebom Beirut, Imigresen Lubnan tidak dibenarkan masuk. Angka kematian meningkat setiap hari. Pengawal dibenarkan masuk. Angka kematian meningkat setiap hari. Pengawal sempadan menghalau kami pulang ke Damsyik. Tetapi Dang Suria memainkan peranannya.
Dia mendekati seorang kolonel muda Lubnan, berbual dan bercakap Inggeris dengan slanga AS. Akhirnya, setelah berkali-kali dipujuk Dang Suria, kolonel muda itu membenarkan kami masuk. Kata-katanya sinis: “Kalau mati pun, kamu semua bukan korban pertama dibunuh Israel!”
Kami pun masuk. Melepasi pos sempadan pergunungan Syria dan menuju ke Beirut. Ketika itu, kesan kemusnahan perang 32 hari sepanjang Ogos 2008 terlihat sangat dahsyat. Jambatan utama semuanya musnah. Manakala, laluan jalanraya hancur kerana saban hari dibom Israel.
Kemuncaknya, ketika berada di Sabra & Syatilla, 20 kilometer di luar Beirut, sekitar jam 11.00 pagi, Israel menggugurkan bom jam 11.00 pagi, Israel menggugurkan bom seberat 50kg di kem Burj Burajina. Hanya 4 kilometer dari lokasi Wan Kamaruddin dan Dang Suria sedang stand-up.
Alhamdulillah. Kami memperolehi visual paling berharga. Bunyi bom dirakamkan audio kamera; serentak dengan wajah terkejut Wan Kamaruddin serta reaksi cemas kanak-kanak di kem tersebut. Dang Suria dengan tenang meneruskan rakaman dengan menyatakan: “Anda dengarkan…. Sebutir bom meletup lagi!
Kepada Wan Kamaruddin dan Dang Suria – anda hos terbaik dalam 25 tahun kerjaya menerbitkan program TV. Kacak dan jelita. Tapi lebih penting: Anda punya jiwa! – MYNEWSHUB.CC