KECOH di media sosial apabila pelakon, Rita Rudaini dikatakan ‘mengamuk’ sakan menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Selasa.
Difahamkan, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar ‘mengamuk’ ekoran berang dengan perlakuan seorang yang dikatakan mempertikai cara pengacaranya di sebuah program televisyen.
Mengakui kesal dengan perkara itu, Rita ‘terpanggil’ untuk membalas kenyataan individu berkenaan kerana ia dirasakan agak keterlaluan.
Berikut adalah respon Rita yang panjang lebar tersebut;
“Sis rasa terpanggil untuk reply Direct Message (DM). Banyak juga DM tapi satu DM ni sis rasa nak reply. Orang macam ni sis memang tak faham. Aku tak kenal kau dan kau tak pernah jumpa aku.
“Tapi kau sakit hati sangat dengan aku apahal bro? Aku tak ada niat nak cakap kasar dengan kau dan perli rezeki kau tapi aku kena cakap juga dengan orang macam kau ni. Orang macam kau ni tak sesuai cakap baik-baik. Elok reply sama macam perangai kau.
“Hmm dah lama sis sabar dengan manusia-manusia berhati busuk dekat luar sana. Tapi yang ni sis tak suka bila pertikai rezeki yang sis cari untuk anak-anak. So keji ke jadi pengacara bro? Hina sangat ke pengacara? Salah ke aku tua?? Mak bapak kau tu tak tua? Kau takkan tua??
“Kau susah hati sangat dekat kerja aku apahal?! Sorry la sis benci dan meluat dengan manusia macam ni. Sekarang ni ramai sangat manusia hati busuk. Kau makan apa ek? Sampai hati jadi hitam sangat nak dengki dengan hidup orang yang kau tak pernah kenal pun?
“Kau mentedarah apa ek sampai jadi macam tu? Mak bapak kau mesti suap benda-benda yang baik je dalam mulut kau masa kecil dulu. Tapi bila besar entah apa kau mentadarah sampai jadi bangang macam ni.
“Hmmm istighfar banyak-banyak sis. @mr_shark_gtr_lover pergi minum racun rumput plus clorox bersihkan hati yang hitam tu. Aku tak kenal kau dan kau pun tak kenal aku.
“Tak rugi jadi baik bro. Tak susah pun jadi baik. Aku tag kau sebab aku nak bagi pengajaran kat orang lain juga. Jangan busuk hati dekat orang lain. Rezeki Allah dah bagi elok dah dekat masing-masing,” tulis anak jati kelahiran Kangar, Perlis itu.
Entri yang menerima lebih daripada 12,000 di laman Instagram itu dilihat mendapat reaksi netizen yang pelbagai.
Rata-rata netizen mengecam hebat tindakan individu terbabit yang melampau dan keterlaluan dalam menegur sehingga tergamak ‘menghina’.
“Alhamdulillah biar jadi pengajaran sis. Sesuka hati je dia nak pertikaikan rezeki yang Allah bagi,” ujar @solehahzainuri.
@Sarinah10071 pula menulis, “Terbaik Sis @ritrud727 #rezeki masing-masing adalah rahsia Allah. Jangan sesekali hasad dengki atau serta membuat fitnah yang tak pasti kesahihannya. Nanti Allah pay cash baru ingat kesilapan yang dibuat. Baik fikir dulu sebelum nemberi kata-kata yang boleh mengaibkan orang. Fikir-fikir lah. Allahuakhbar.”
“Ini makan diaaa. Next time jangan kuang ajaq (kurang ajar) dengan orang kan? @ritrud727 kadang kita tak kacau orang tapi akan ada manusia yang attention seeker ni jolok sarang tebuan. Ayat last tuh menusuk kalbu,” kata @bella_itu_indah pula.
Haaa…Kan dah kena. Dik oii, lain kali cakap jangan sebarang cakap je. Sebelum cakap fikir guna otak dulu. Kan dah kena ‘hembus’ dengan kak Rita.
Apa-apapun, buat Rita diharap dapat bersabarlah dengan perangai manusia yang pelbagai ragam ni. – MYNEWSHUB.CC/AM