Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pemuda Harap Selasa Penamat...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berharap Selasa ini akan menjadi...

Waspada Hujan Lebat 4...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada...

Sri Lanka Perlukan AS$4...

COLOMBO: Sri Lanka memerlukan kira-kira AS$3 bilion (RM12.7 bilion) bantuan luar dalam tempoh...

Pemain MU, Michael Carrick...

SAHIH... Michael Carrick mengesahkan beliau akan bersara sebagai pemain bola sepak pada musim...

Dikepung Polis, ‘Pembunuh FB’ Tembak Diri

ERIE (Pennsylvania) – Lelaki yang diburu polis selepas menyiarkan video dia menembak mati lelaki 74 tahun di Facebook kelmarin, membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri ketika dikepung polis, di sini, semalam.

Pada 11 pagi semalam (11 malam waktu Malaysia), seorang pekerja McDonald’s di sini, mengecam kereta Ford Fusion dinaiki lelaki itu, Steve Stephens, yang mahu membeli makanan di restoran itu, lalu menghubungi polis.

Dikepung Polis, 'Pembunuh FB' Tembak Diri

Erie terletak kira-kira 160 kilometer dari Cleveland, tempat Stephens menembak mati Robert Godwin, 74, Ahad lalu.

Ketua Polis Cleveland, Calvin Williams, berkata pekerja itu cuba melengahkan Stephens sehingga polis tiba dengan menyatakan makanannya belum siap namun menyedari pekerja lain sedang bercakap di telefon, Stephens memandu pergi.


Polis tiba ketika Stephens keluar dari perkarangan restoran dan mengejarnya sebelum kereta Stephens berhenti.

Ketika anggota polis berjalan ke arah keretanya untuk menahan lelaki itu, Stephens menembak dirinya kira-kira 11.10 pagi. – Agensi/myMetro Online

Kategori