Sunday, November 17, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Serius Urbanisasi Berbalik...

BAGAN DATUK - Kerajaan telah menukar pendekatan untuk melakukan transformasi urbanisasi berbalik, iaitu...

48 Hospital Usia Lebih...

PUTRAJAYA - Sebanyak 48 hospital berusia lebih 50 tahun di seluruh negara akan...

PDRM Belum Ada Maklumat...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan tidak...

Pendaki Gunung Berlumut Hilang...

KLUANG – Seorang pendaki yang dipercayai sesat ketika mengikuti pendakian berkumpulan dekat...

Dilabel Pelakon ‘Kayu’, Neelofa Tidak Mudah Latah

KETIKA ini isu ‘pelakon kayu’ atau dalam kata lain pelakon dengan mutu yang tidak mencapai ‘standard’ semakin hangat diperkatakan ramai netizen tempatan.

Mungkin perkataan ‘kayu’ itu dianggap sebagai kritikan agak kasar. Tetapi, ia perlu juga dilihat daripada aspek mana kritikan tersebut dibuat sehingga gelaran itu diberi kepada pelakon.

Bagaimanapun, bukan mudah sebenarnya menjadi seorang pelakon. Lebih-lebih lagi apabila memegang watak yang memerlukan banyak pengorbanan mental dan fizikal.

Tambahan pula dengan pelbagai cemuhan yang dilemparkan oleh masyarakat, sudah tentu hanya mereka yang berjiwa kental sahaja mampu bertahan.

Sebagai pelakon terkenal, Neelofa juga juga tidak terlepas daripada menerima kritikan ekoran rasa tidak puas hati penonton terhadap lakonannya.

Namun, pengasas Naelofar Hijab ini sama sekali tidak pernah menganggap kritikan negatif tersebut sebagai alasan untuk membuatkan kerjaya seninya merundum.

Bagi Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor sebagai anak seni, dia perlu bersikap terbuka dalam menerima apa sahaja nasihat dan teguran.

“Saya tidak ambil kisah kritikan yang dilemparkan, malah komen netizen tidak memberi kesan dalam hidup saya.

“Lebih baik saya ambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang reaksi terhadap komen yang tidak membantu seperti itu,” katanya dipetik sebuah portal online.

Sementara itu, selepas menempa kejayaan melalui drama rantaian Suri Hati Mr. Pilot, Neelofa kini muncul pula dalam drama adaptasi novel, Red Velvet karya Acik Lana yang sedang hangat ditayangkan di Astro Ria.


Seperti drama sebelum ini, Red Velvet juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa provokasi yang tidak sepatutnya.

Antara topik hangat yang menjadi pebualan netizen ialah Neelofa dilabelkan sebagai ‘pelakon kayu’ dan lakonan wanita itu kelihatan pelik serta tidak sesuai digandingkan dengan figura kacak, Alif Satar.

Bagaimanapun, tidak mahu terus melatah, Neelofa menyifatkan perkara itu bukanlah satu masalah besar baginya selain turut menitipkan nasihat agar masyarakat dapat beri sedikit masa untuk drama tersebut berkembang.

“Mereka yang komen itu terlalu cepat membuat andaian. Drama ini baharu ditayangkan, bagilah masa untuk plot cerita itu berkembang.

“Orang kita hanya pandai nak kritik tanpa hadam dan faham karya disajikan kepada penonton. . Nasihat saya kepada semua, tonton dulu cerita itu dan cuba fahamkan sebelum buat sebarang ulasan,” ujarnya.

BACA : “Tengok Sampai Habis, Baru Kritik” – Neelofa

Selain Neelofa dan Alif, drama Red Velvet turut menampilkan barisan artis seperti Hafizh Roshdi, Amira Othman, Nadya Shahera, Qara Lyana dan Hani Nazrina. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori