Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

MELAKA - Jumlah manga banjir di negeri ini meningkat kepada 445 orang petang...

RM2.18 Juta Disalurkan Melalui...

KUANTAN - Sejumlah RM2.18 juta telah disalurkan oleh SME Corporation Malaysia kepada 15...

Maklum Balas Pelaksanaan PBS...

BATU PAHAT - Kementerian Pendidikan akan mula mengumpul maklum balas daripada ibu bapa...

Kawalan Bersama Tentera Malaysia,...

Kuching : Pos Gabungan Malaysia Indonesia (GABMA) yang ditangguhkan sejak awal 2020 akibat...

Dira Pun Perli Fathia, ‘Turun Padang Bukan Picit Butang’

SINDIR… Nama aktres Fathia Latiff memang terkenal segala macam isu kontroversi akhir-akhir ini kerana sering muat naik status menerusi media sosial dengan kenyataan berbaur antikerajaan.

Selepas terpalit dengan isu rakaman ‘live’ aksi panas dirinya awal tahun ini, pelakon kelahiran Pulau Pinang itu aktif ‘hentam’ kerajaan terutama UMNO setelah disisihkan pelbagai penggambaran dan program televisyen tempatan.

Ramai penganalisis hiburan dan politik tanah air melihat ia mungkin berpunca akibat sikap Fathia, 30, atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff amat cenderung terhadap pembangkang khasnya serpihan UMNO iaitu PPBM.

Malahan dia pernah muncul atas talian menemuramah pengerusi parti itu yang juga pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyebarkan dakyah blok pembangkang dan giat hasut rakyat benci UMNO.

Terkesan dengan perangai Fathia yang bukan sahaja bersifat kebudak-budakan dan tidak matang mengupas isu semasa, Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Khaidhirah Abu Zahar secara terbuka menempelak artis tersebut.

Ketika berbahas pada Perhimpunan Agung tahunan sayap pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini, beliau yang pernah aktif sebagai pelakon dan kini bergiat selaku sutradara, memerli perangai ‘bimbo’ Fathia itu.

Khaidhirah atau lebih mesra dipanggil Dira, dan merupakan anak bekas Ketua Menteri Melaka, allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Isnin, menyelar pelakon kontroversi berkenaan sebagai suka cari perhatian tetapi secara negatif.

ā€œJika Fathia benar-benar mahu bercakap tentang perjuangan rakyat, turun padanglah bantu rakyat seperti Puteri UMNO. Tak perlu kalau sekadar hanya tahu picit butang di telefon pintar,ā€ kata Khaidhirah, 33, dalam ucapannya.


Beliau seterusnya menasihatkan Fathia supaya belajar untuk ā€˜duduk diamā€™ dan sepatutnya menumpukan kepada kerjaya seni lakonannya yang bukanlah sehebat mana pun: “Tidak perlu campuri urusan pihak kerajaan (UMNO).ā€

Ucapan Khaidhirah itu jelas merujuk gerak kerja sayap itu ketika bencana banjir besar di Pulau Pinang bulan lalu yang menyaksikan pembangkang langsung tidak berbuat apa-apa malah hanya sibuk menyalahkan kerajaan pusat.

Dalam satu ā€˜postingā€™ sebagai penghormatan kepada Mahathir menerusi Instagramnya baru-baru ini, Fathia hairan, sumbangan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu kepada negara konon seolah-olah makin dilupakan rakyat.

Mahathir kemudiannya membalas balik menerusi akaun Twitter dengan berterima kasih sambil ‘memuji’ Fathia kerana menyuarakan pandangannya:Ā ā€œSaya kagum dengan keberanian @fatiyalatiff.ā€ – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori