Sunday, December 1, 2024

Creating liberating content

Pemandu E-Hailing OKU Beri...

Kuala Lumpur : Pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal...

Bilik Lepaskan Marah, 15,000...

MENGGUNAKAN kayu pemukul besbol, pelanggan Smash, Qiu Siyu menghentam sekuat hati sebuah tong...

Jadikan Lancar Perang Satu...

PUTRAJAYA - Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) menggesa komuniti antarabangsa untuk menjadi suara...

5 Pendaki Selamat Selepas...

SEREMBAN - Lima pendaki yang dilaporkan sesat ketika mendaki Gunung Datuk, Rembau pagi...

Diraba Ketika Belajar Al-Quran

AKIBAT mengikut nafsu, seorang guru agama sanggup mencabul beberapa murid lelaki di sebuah sekolah di Sungai Ara, di Balik Pulau.

Tindakan guru lelaki berusia 40 tahun itu menyebabkan dia ditahan polis jam 10 pagi semalam selepas ahli keluarga murid yang menjadi mangsa membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, suspek ditahan di perkarangan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya.

“Setakat ini, kita sudah menerima enam laporan polis berhubung kejadian cabul itu membabitkan murid tahun lima dan empat.

“Lima daripadanya adalah laporan kerana dicabul, manakala satu lagi laporan dibuat kerana mangsa hampir dicabul guru agama terbabit,” katanya.

Menurutnya, laporan pertama dibuat pada Rabu lalu oleh ibu mangsa selepas anaknya mendakwa diraba kemaluan ketika sesi pembelajaran dalam kelas.

“Ketika kejadian mangsa dipanggil membaca al-Quran dan dia diraba guru terbabit ketika berdiri di sebelah meja.


“Mangsa juga mendakwa guru terbabit sudah melakukan perbuatan itu terhadapnya sejak April lalu dan turut memberitahu ibunya beberapa rakan lain juga diperlakukan sedemikian,” katanya.

Menurutnya, empat lagi magsa tampil membuat laporan semalam dengan mendakwa mereka dicabul dalam kelas serta surau di sekolah ketika sesi pembelajaran dan selepas waktu sekolah.

“Suspek sudah berkahwin dan mempunyai lima anak serta mengajar di sekolah terbabit sejak 2014 lalu.

“Dia kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Difahamkan, ada antara mangsa dicabul berulang kali ketika waktu rehat dan juga selepas sesi persekolahan berakhir. – MyMetro

Kategori