Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jerebu Indonesia Atasi AS,...

JAKARTA - Akibat jerebu yang ditimbulkan daripada kebakaran hutan dan ladang, Indonesia kini...

Malaysia Hos Sambutan Jubli...

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa ASEAN di Santiago (ACS) yang dipengerusikan Duta Malaysia Datuk...

Ranil Wickremesinghe Dilantik Pemangku...

COLOMBO – Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe dilantik sebagai pemangku presiden selepas...

Abdul Rahman Beri Rafizi...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memberi amaran keras kepada Ahli Parlimen Pandan,...

Disekat Instagram Dek Salah Faham Kek Dikata Payudara

PROGRAM image recognition atau pengenalan imej secara automatik sering digunakan pentadbir laman sosial untuk mengenal pasti objek atau komen negatif, misalnya yang berbaur lucah.

Bagaimanapun, sistem program canggih tersebut bukan selalu betul, malah kadang kala mengakibatkan salah faham yang merugikan ramai netizen, seperti dialami oleh pengguna Instagram dari Britain bernama Sue Moseley.

Menurut portal PetaPixel, wanita tersebut yang juga cef dilaporkan memuat naik foto sejenis kek tradisional masyarakat Inggeris dikenali sebagai Simnel dan dihasilkan anak perempuannya sempena perayaan Paskah.

Malangnya tanpa disangka, imej kek itu menimbulkan masalah apabila beberapa hari kemudian, Sue mendapati akses Instagram miliknya tiba-tiba disekat. Pihak pentadbir laman itu memaklumkan foto tersebut tidak senonoh.

Disekat Instagram Dek Salah Faham Kek Dikata Payudara

“Akaun anda dinyahaktfikan kerana tidak mematuhi panduan komuniti Instagram. Kami mematikan akaun memuat naik kandungan berbaur seks atau menunjukkan ketelanjangan,” maklum Instagram dalam e-mel kepada Sue.

Anaknya, Fiona menjangka bahawa program image recognition daripada sistem Instagram kemungkinan besar telah salah faham mengenai foto kek yang dimuat naik oleh ibunya tersebut sebagai gambar bersifat pornografi.

Dia yang amat kesal dengan kekeliruan tidak sepatutnya itu kemudian bertindak nekad meluahkan perasaan kecewa melalui akaun media sosial milik dirinya sehingga kisah gambar kek tersebut menjadi sensasi di seluruh negara.

“Hei Instagram, ini kek, bukan payudara,” tulis Fiona menerusi satu posting yang dimuat naiknya di bahagian perkongsian foto laman berkenaan. Dia juga memperlihatkan imej kek yang menjadi isu dari sudut pandang lain.


Disekat Instagram Dek Salah Faham Kek Dikata Payudara

Luahan Fiona itu turut menerima lebih 50 komen dan kira-kira 400 tanda suka daripada netizen yang bersimpati dengan isu berkenaan selain mereka mendesak Instagram segera memperbetulkan masalah kekhilafan tersebut.

Entah apa yang dijadikan sebagai garis ukuran pengenalan objek oleh program image recognition Instagram, sehingga boleh tersilap untuk mengenal pasti bentuk fizikal kuih biasa tersebut sebagai rupa buah dada pula.

Apa yang jelas, kek saiz sederhana besar tersebut sekali imbas hanya berbentuk bundar, dengan memaparkan hiasan ringkas berbentuk bola-bola kecil seperti telur disusun cantik mengelilingi bahagian lapisan permukaan atasnya.

Mujur, pihak pentadbir Instagram menyedari telah melakukan kesalahan berkenaan dan seminggu kemudian, akaun milik Sue itu sudah diaktifkan kembali seperti biasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori