Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Wanita Ini Buat...

VIDEO yang mula viral menerusi laman sosial ini mungkin akan mengubah persepsi serta...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2...

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta)...

PRK Tanjung Piai: PAS...

MARANG - PAS menyerahkan mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menentukan calon dalam...

Acara Fit Malaysia Untuk...

KUCHING - Tujuan penganjuran Fit Malaysia adalah untuk memastikan masyarakat mengamalkan gaya hidup...

Dos Penggalak AstraZeneca Tingkatkan Antibodi Lawan Omicron

WASHINGTON: Data awal dari ujian klinikal dijalankan ke atas Vaxzevria (vaksin AstraZeneca) menunjukkan ia menghasilkan tindak balas antibodi lebih tinggi terhadap varian Omicron ketika diberikan sebagai suntikan dos ketiga atau dos penggalak.

Hasil ujian klinikal itu dimaklumkan oleh syarikat farmaseutikal AstraZeneca.

Menurut AstraZeneca, dos ketiga Vaxzevria berupaya meningkatkan tindak balas antibodi dalam melawan varian lain seperti Beta, Delta, Alpha dan Gamma.

Jelas syarikat farmaseutikal itu, tindak balas antibodi tinggi itu dapat dilihat pada individu yang sebelum ini divaksin dengan Vaxzevria atau vaksin mNRA.

Tambah AstraZeneca, pihaknya akan menyerahkan hasil data tersebut kepada pengawal selia di seluruh dunia memandangkan terdapat keperluan mendesak untuk dos penggalak.


Dilaporkan, AstraZeneca membangunkan vaksin bersama pasukan penyelidik dari Universiti Oxford .

Ujian klinikal dijalankan pada bulan lalu mendapati tiga dos Vaxzevria berkesan terhadap varian baharu Covid-19 yang mudah dijangkiti dan lebih cepat menular itu.

“Kajian penting ini menunjukkan dos ketiga Vaxzevria selepas dua suntikan awal vaksin sama atau dari jenis mNRA meningkatkan imuniti terhadap Covid-19,” Ketua Kumpulan vaksin Oxford, Andrew Pollard dalam satu kenyataan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori