Dr. Ahmad Samsuri MB Terengganu Baharu

KUALA TERENGGANU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam Istiadat Perisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Syarqiyyah, Chendering, dekat sini pada pukul 9.06 malam ini.

Pelantikan Ahmad Samsuri sebagai Menteri Besar Terengganu susulan kejayaan PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 22 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semalam.

Sultan Mizan pada istiadat itu turut memperkenankan pelantikan 10 orang daripada ADUN PAS menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu.

Pada istiadat itu, 10 ADUN itu turut mengangkat sumpah sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Mereka ialah ADUN Paka, Satiful Bahari Mamat; ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak; ADUN Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah; ADUN Jabi, Dr. Azman Ibrahim; ADUN Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, ADUN Alur Limbat, Ariffin Deraman; ADUN Chukai, Hanafiah Mat; ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah; ADUN Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh dan ADUN Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.

Ahmad Samsuri pernah bertugas sebagai setiausaha politik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Beliau merupakan pakar penerbangan yang juga bekas Ketua Jabatan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) setelah berjaya menamatkan pengajian di Universiti of Leeds, United Kingdom.

Turut hadir pada istiadat berkenaan adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ADUN daripada Barisan Nasional (BN) iaitu bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga ADUN Seberang Takir; ADUN Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusoff dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...