Dr Mahathir Keluar IJN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 3.45 petang tadi selepas berjaya menjalani prosedur perubatan elektif.

IJN dalam kenyataan ringkas hari ini berkata Dr Mahathir akan meneruskan proses pemulihan di rumah.

“Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas keprihatinan dan doa sepanjang minggu lalu ketika Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara,” katanya.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu untuk prosedur perubatan elektif.

Sebelum itu, pada 16 Disember tahun lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan penuh dan untuk pemerhatian lanjut sebelum dibenarkan discaj pada 23 Disember.

Bernama-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...