Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mengaku Tidak Salah Ugut...

AMPANG - Seorang bekas pengurus sebuah produksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Syarat Sunting Vida: Mampu...

USAHAWAN kosmetik ternama, Datuk Seri Vida berkata jika beliau mahu bersuami lagi, lelaki...

PABM Usaha Tepat Dalam...

PERDANA Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan...

Neelofa Mohon Maaf, Akui...

KUALA LUMPUR - Pengacara popular Neelofa, 32, tampil memohon maaf berhubung dua isu...

DSV Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai

SELEPAS heboh mengenai pengakuan berani pegawai media dan pembantu peribadi DSV, Ahmad Iqbal Zulkefli baru-baru ini, kini usahawan selebriti tersebut, Datuk Seri Vida tampil bersuara.

Baca: Pemuda Aswara ‘Boyfriend’ Baru Datuk Seri Vida?

Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman berkata beliau tidak akan menolak jodoh andai kata ditemukan dengan lelaki yang bersesuaian dengan dirinya.

Menurut wanita berusia 46 tahun ini, meskipun perkara tersebut bukan satu keutamaan buat masa ini, namun keinginan untuk mempunyai pasangan adalah menjadi lumrah sebagai seorang manusia.

“Saya sentiasa berdoa moga dipertemukan jodoh yang sesuai dan dapat membimbing saya ke arah kebaikan.

“Paling utama, siapa juga lelaki itu, dia perlulah mendapat persetujuan daripada dua anak dan kakak saya,” katanya dipetik portal BH Online.

Itulah kenyataan rasmi daripada Vida apabila ditanya mengenai kenyataan seorang wanita dan juga merupakan ibu kepada lelaki muda yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan beliau.

Juga: Ibu Restu, Andai Jodoh Ahmad Iqbal Bersama DSV

Dalam pada itu, Vida mengaku telefon bimbit beliau tidak henti-henti diasak dengan panggilan dan pesanan yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk media bagi mendapatkan kenyataan mengenai perkara berkenaan.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, Iqbal adalah pekerja yang menguruskan media sosial saya dan tidak lebih daripada itu.

“Saya pun pening dan tergelak apabila kecoh mengenai hubungan saya dengan dirinya,” ujarnya sambil tertawa.


Tambahnya lagi , Vida juga berhak untuk bahagia namun beliau masih lagi waras serta boleh berfikir apa yang terbaik dan sesuai untuknya.

Sementara itu, apabila diaju persoalan mengenai puterinya, Cik B tentang posting di Instagram baru-bau ini, Vida memberitahu kanak-kanak itu antara yang paling tidak gemar sekiranya ada lelaki cuba rapat dengan beliau.

“Cik B memang pantang kalau ada yang cuba rapat dan ambil kesempatan terhadap saya.

“Saya faham luahannya dan seperti saya katakan, Cik B selalu menasihatkan saya dan tidak mahu orang berniat tidak baik terhadap saya,” katanya.

Lagi: Cik B Beri ‘Amaran’ Pada ‘Boyfriend’ Baru DSV

Dalam perkembangan lain, Vida kini difahamkan sedang berada di tanah suci, Mekah bagi mengerjakan umrah. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori