Dua Anak Presiden Jokowi Dilapor Ke KPK, Didakwa Rasuah

JAKARTA : Dua anak lelaki Presiden Joko Widodo atau Jokowi, Gibran Rakabuming dan Kaesang Pangarep mencuri perhatian rakyat Indonesia apabila dipanggil Komisi Pencegahan Rasuah (KPK) selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti rasuah membabitkan kegiatan pembakaran hutan secara haram.

Mereka dipanggil KPK selepas pihaknya menerima laporan daripada pensyarah Universiti Negeri Jakarta (UNJ), Ubedilah Badrun yang juga seorang aktivis sosial.

Memetik portal tempatan Kompas, dua beradik itu didakwa terlibat dengan kegiatan pembakaran hutan secara haram dan telah disaman oleh Kementerian Lingkungan Hidup dan Perhutanan sebanyak 7.9 trilion rupiah (RM2.31 bilion) menerusi sebuah syarikat gergasi PT SM pada 2015.

Namun demikian, syarikat itu hanya diarah membayar saman sebanyak 78 bilion rupiah (RM22.9 juta) selepas diputuskan oleh mahkamah.

Menurut Ubedillah, pada Februari 2019, dua anak Jokowi menggabungkan perniagaannya dengan perusahaan PT SM dan memperoleh suntikan dana yang besar sehingga mereka boleh membeli saham dalam syarikat masing-masing.

“Persoalannya, bagaimana anak muda yang baru menubuhkan syarikat dengan mudah mendapat dana modal dalam jumlah yang cukup besar iaitu kira-kira 99.3 bilion rupiah (RM29 juta) jika mereka bukan anak Presiden?” soal Ubedillah.

Dalam masa sama, Ubedillah menggesa KPK segera memanggil Jokowi untuk memberikan penjelasan berhubung hal tersebut.

-Awani

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...