Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mapim & Turki Mahu...

SEPANG - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama kerajaan Turki merancang...

Ceroboh Lahad Datu: Sembilan...

KOTA KINABALU - Sembilan tertuduh dalam kes pencerobohan Lahad Datu terselamat daripada tali...

Mungkin Inilah Pengguna ‘Google’...

MENGGUNAKAN Google untuk mencari sesuatu maklumat sudah menjadi kebiasaan bagi setiap orang tetapi...

‘Apa Yang Penting Kami...

TIDAK sampai seminggu mendirikan rumah tangga, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu, Nurul...

Dua Beradik Ditangkap Khalwat Di Hotel Bajet

JITRA – Dua beradik wanita bersama pasangan masing-masing yang menyewa dua bilik berasingan di sebuah hotel bajet di Changlun, di sini sejak dua hari lalu, ditahan dalam serbuan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), pagi tadi.

Ketua Operasi PADKP, Azwan Azman, berkata dalam serbuan jam 12.15 tengah malam tadi, dua beradik terbabit berusia 29 dan 33 tahun ditahan bersama pasangan masing-masing berusia berusia 37 dan 29 tahun dalam dua bilik berasingan.

Katanya, pihaknya mengetuk bilik hampir 10 minit sebelum seorang lelaki yang berpakaian lengkap membukanya dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa.

“Kami menemui seorang wanita yang berpakaian lengkap dalam bilik berkenaan sebelum mereka mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram manakala wanita itu mendakwa dia berstatus janda.

“Pemeriksaan di bilik kedua pula menemui seorang lelaki yang hanya bertuala manakala pasangannya berpakaian lengkap. Mereka berdua juga dipercayai berkhalwat kerana tidak mempunyai hubungan yang sah,” katanya yang dihubungi sebentar tadi.

Azwan berkata, dua wanita terbabit mengaku adik beradik selepas siasatan mendapati nama bapa yang tertera pada MyKad mereka adalah sama.


“Siasatan awal, wanita yang dipercayai kakak mempunyai seorang anak manakala adiknya pula mempunyai dua anak.

“Dua pasangan itu dibawa ke pejabat PADKP bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana berdua-duaan sehingga mendatangkan syak tanpa ikatan sah suami isteri,” katanya. – BH ONLINE

Kategori