Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Badminton Lelaki Berpasukan Malaysia...

JAKARTA – Perjuangan Malaysia dalam acara badminton lelaki berpasukan pada Sukan Asia 2018...

25 Individu Ditahan Kes...

SERDANG - Polis menahan 25 individu bagi membantu siasatan kes lima warga Myanmar...

Kelantan Putus Keputusan Penjualan...

KOTA BHARU - Kerajaan negeri akan memutuskan mengenai penjualan rokok elektronik atau vape...

Isey Tidak Tertekan ‘3...

PETALING JAYA - Pelawak dan pengacara Isey berkata, dia tidak meletakkan sebarang tekanan...

Dua Jari ‘Beku’ Qobin Sudah Beransur Pulih

DUA jari tangan kiri penjelajah negara, Muhammad Mugharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang dikhuatiri mengalami gigitan fros ketika melengkapkan misi di Kutub Selatan kini makin beransur pulih.

Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof dalam catatan akaun Facebooknya berkata, Qobin, 36, kini dalam proses pemulihan namun masih lagi memerlukan pemantauan rapi.

“Menurur Qobin, rasa kebas masih ada namun percaya ia akan beransur-ansur hilang dalam tempoh dua minggu ini.

Cuma jelas di wajahnya ialah kesan selaran matahari di hidung dan kedua belah pipi. Di bawah dagu pula masih terdapat kesan tanda-tanda awal gigitan fros atau gigitan fros tahap pertama,” katanya.

Qobin melalui KE7B berjaya menamatkan misi penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Selatan sejauh 111 kilometer pada 28 Disember lalu, bersama-sama dengan enam penjelajah pelbagai negara serta seorang jurupandu.


Dengan menarik beban seberat 50 kilogram, Qobin mengharungi pelbagai cabaran termasuk cuaca sejuk melampau sehingga negatif 26 darjah Celsius, menyebabkan dua jarinya kebas berpanjangan dan berisiko alami reput fros.

Qobin turut cipta sejarah diiktiraf sebagai Penjelajah Grand Slam, sekali gus rakyat Asia Tenggara kedua dan umat Islam ketiga serta termuda di dunia selain 70 manusia dan penjelajah terawal yang menghabiskan penjelajahan itu.

Beliau kini telah dibawa keluar dari Union Glacier, Antartika pada jam 9 malam waktu tempatan dan pihak KE7B kini sedang mengatur penerbangan Qobin dari Punta Arenas ke Santiago, Chile. – MYNEWSHUB.CC

Kategori