Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mini Konsert Ning Baizura...

ATAS kesedaran kepupusan Harimau Malaya, penyanyi bernada tinggi Ning Baizura memilih Zoo Negara...

Adi Sixth Sense Selamat...

VOKALIS kumpulan Sixth Sense, Adi Priyo Sambodo selamat diijabkabulkan dengan permaisuri hatinya, seorang...

Dituduh Punca Virus Tersingkir,...

SUSULAN penyingkiran kumpulan Virus dalam program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) Jumaat lalu hingga...

Inflasi Dijangka Meningkat 2...

INFLASI dijangka meningkat kepada dua peratus tahun ini berbanding satu peratus yang dianggarkan...

Peniaga ‘Rembat’ Lori MBPP Ketika Gerai Diserbu

GARA-GARA berang gerai makanan diserbu penguat kuasa, seorang peniaga bersama rakannya bertindak nekad membawa lari lori milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Dalam kejadian kira-kira 8.50 malam itu, dua lelaki dipercayai pekerja di gerai makanan laut di Bagan Jermal, George Town, dikatakan bertengkar dengan 12 pegawai MBPP yang tiba dengan sebuah lori.

Pegawai penguatkuasaan itu mahu menyita barangan kerana perniagaan mereka tidak mempunyai lesen dan beroperasi secara haram.

Kedua-dua pekerja yang berusia 20-an itu kemudian meluru ke arah lori MBPP yang tidak dimatikan enjin, kemudian membawa lari lori berkenaan.

Mereka dikatakan memandu kira-kira dua kilometer ke Balai Polis Pulau Tikus dengan seorang daripada mereka merakam video perjalanan selama 3 minit.

Peniaga 'Rembat' Lori MBPP Ketika Gerai Diserbu

Menerusi rakaman yang tersebar di laman sosial jelas memaparkan dua lelaki tersebut di dalam kenderaan dan meluahkan kemarahan terhadap MBPP.

“P ***** k punya Guan Eng, kedai Cina, p**** kau tak halau, kedai Melayu kau nak halau,” kedengaran lelaki itu berkata dalam video berdurasi 2.5 minit itu, merujuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Lori berkenaan diekori pegawai MBPP dengan motosikal meminta mereka berhenti tetapi tidak diendahkan.

Kedua-dua lelaki itu kemudian memberhentikan lori di pintu masuk Balai Polis Pulau Tikus dan membuat laporan terhadap MBPP kerana mengganggu perniagaan mereka.


Menerusi perkongsian di laman Facebook, satu laporan polis dimuat naik yang memaparkan nama peniaga terbabit, Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain.

Dia melaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan penguat kuasa MBPP kerana bukan sekali, tetapi tiga kali tindakan sama cuba dilakukan.

Peniaga berusia 27 tahun itu berkata, dia nekad memandu lori MBPP terus ke Balai Polis Pulau Tikus bagi mengelakkan penguat kuasa merampas barang di gerainya.

Menurutnya, dia pernah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen tetapi gagal sebaliknya diberi pelbagai alasan remeh oleh MBPP.

“Saya cuba elak berlaku isu berpanjangan atau pergaduhan dan ingin menyelesaikan masalah dengan baik dan membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus atas kejadian yang berlaku,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua lelaki tersebut ditahan untuk siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori