ADAKALANYA sebagai manusia biasa, kita tak terlepas daripada cuba untuk kelihatan cantik di mata sendiri tanpa memikirkan ‘mata’ masyarakat.
Namun sebagai selebriti, perkara itu haruslah diambil kira juga, kan?
Walaupun pahit ditelan, tetapi itulah realiti yang perlu dihadapi oleh gadis manis Nur Ameera Khan yang juga merupakan adik kepada Neelofa.
Sebelum ini, Ameera manis bertudung litup namun semakin dirinya meningkat dewasa, penampilannya juga semakin seksi dan menggoda– sesuatu yang dilihat agak tidak sesuai untuk gadis berusia 17 tahun sepertinya.
Terbaru, gadis ini sekali lagi cetus kontroversi gara-gara tindakannya memuat naik semula gambar-gambar throwback di laman Twitter dianggap keterlaluan oleh netizen.
throwin it back pic.twitter.com/l559yjplQQ
— Little Miss Khan (@nurameerakhan) October 2, 2017
Salah sebuah gambar yang dimuat naik olehnya itu seolah-olah cuba menunjukkan sebahagian daripada ‘aset’nya.
Bagaimanapun, hasil tinjauan kami menerusi laman Twitter milik Ameera, gambar yang dimaksudkan itu hanyalah memaparkan penampilan beliau yang memakai blouse bertali halus dan dilihat agak sedikit seksi.
Mungkin dakwaan ini dianggap sebagai provokasi daripada sesetengah netizen yang boleh dikatakan masih belum ‘move on’ dengan kontroversi sebelum ini.
Posting yang menerima lebih daripada 1,000 likes itu dilihat mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.
Rata-rata antara mereka menghentam teruk gadis ini kerana merasakan penampilan seksi yang ditampilkan itu tidak ‘seswai’ dan mencalarkan maruah keluarga.
Terdahulu, Ameera pernah dikritik netizen apabila berpenampilan seksi ketika sedang bercuti di Itali bersama keluarganya.
Hmmm… Apa-apapun sabar je la dik oi… Hidup ini terlalu singkat untuk kita memikirkan pandangan orang lain yang tidak mengenali kita. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura