Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Lelaki Digilis Kerana Berang...

BERANG dan tidak berpuas hati apabila, pemandu lori membunyikan hon, seorang lelaki cuba...

Skim Harga Maksimum Musim...

Johor Bahru : Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim...

Sistem Daftar Tunggal Atasi...

JAKARTA - Sistem tunggal pendaftaran pekerja asing iaitu secara dalam talian yang akan...

Polis Kedah Tumpas Kegiatan...

Alor Setar : Polis Kedah menumpaskan kegiatan pengedaran dadah jenis syabu dan heroin...

Durian Musang King Punca Harimau Pupus?

ANCAM… Habitat harimau belang di Malaysia semakin hari kian terancam ekoran permintaan tinggi terhadap durian jenis Musang King oleh China, menurut Dana Alam Sekitar Sedunia (WWF).

Hutan di Raub, Pahang yang kebelakangan ini menjadi destinasi tumpuan popular bagi pelancong dari China ekoran tarikan kuat terhadap ‘raja buah’ tersebut, dilaporkan mula memberi kesan buruk kepada kawasan persekitaran.

Kawasan hutan di situ giat dibuka untuk dijadikan kebun durian komersial khususnya klon Musang King dan amat digemari pelawat China, walhal tempat itu merupakan habitat buat Harimau Malaya yang sudah terancam teruk.

Dengan tinggal 300 ekor di dunia, Harimau Malaya hanya ditemui di Semenanjung Malaysia dan sedikit di Selatan Thailand. Aktivis setempat termasuk WWF mendakwa pembukaan tanah untuk tanaman durian adalah puncanya.

Siti Zuraidah Abidin, dari WWF Malaysia, mengatakan bahawa kawasan Hulu Sempan tempat perladangan baharu durian dibangunkan, berada tidak jauh dari kawasan perlindungan tempat harimau belang lazim tinggal secara liar.

“Pembersihan hutan berkenaan akan menyebabkan semakin sukarnya pergerakan haiwan tersebut,” ujar beliau yang dipetik akhbar bahasa Inggeris dan berpengaruh Hong Kong, The South China Morning Post baru-baru ini.

Dipercayai kawasan seluas 1,213 hektar di Hulu Sempan dijadikan kebun durian khas Musang King untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, sebuah badan perusahaan milik kerajaan negeri tersebut.

“Projek pertanian skala besar di tanah berkenaan sebenarnya tidak memerlukan perintah keizinan daripada pihak Jabatan Perhutanan,” demikian jelas jurucakap agensi kerajaan tersebut yang dipetik media dari China itu.


Peningkatan pesanan durian dari China telah melonjakkan harga dan memacu pembukaan banyak kebun berskala besar di Malaysia dalam beberapa tahun terakhir, namun mengakibatkan kerosakan banyak habitat haiwan liar.

Malah ada pihak meramalkan durian bakal menggantikan eksport komoditi utama Malaysia sejak sekian lama iaitu kelapa sawit yang kini menghadapi tekanan kuat boikot antarabangsa selain harganya jatuh teruk kebelakangan ini.

Ia diburukkan lagi dengan tindakan China mengimport banyak durian dari seluruh dunia menyebabkan harganya naik sehingga 26 peratus sejak sedekad lalu. Pengeksport terbesar durian di dunia pada ketika ini ialah Thailand.

Setiap tahun jiran Malaysia itu mampu menjual sekitar 402,661 tan metrik bernilai AS$495 juta (kira-kira RM2.06 bilion) dengan sebanyak 303,430 tan metrik daripadanya dieksport ke China bernilai AS$394 juta (RM1.6 bilion).

Di Malaysia, ada 199 klon durian didaftarkan Jabatan Pertanian sejak 1934 namun hanya lapan jenis disyor boleh dikomersial pekebun termasuk D197 yang lebih dikenali sebagai Raja Kunyit atau Musang King. – Mynewshub.TV

Kategori